Kamarul Hisham Kamaruddin peguam berkata Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati hari ini atas tuduhan membunuh Altantuya tidak dapat dihubungi sejak 6 bulan lepas – The Malaysian Insider Gambar oleh Najjua Zulkefli

Peguam kepada Sirul, Kamarul Hisham, mengesahkan bahawa beliau terputus hubungan dengan anak guamnya itu sejak enam bulan lalu.

“Kali terakhir saya dihubungi anak guam saya, mungkin seminggu selepas pendengara di Mahkamah Persekutuan (dari 23 Jun hingga 25 Jun, 2014), selepas itu (saya tidak dapat) menghubungi (Sirul),” katanya.

“Saya tidak tahu langsung di mana dia berada.

“Berdasarkan perhubungan terakhir dengannya, saya langsung tiada asas untuk mengatakan bahawa beliau berkelakuan aneh. Saya ada sebab untuk percaya bahawa beliau akan hadir untuk (keputusan) hari ini,” katanya.

Katanya, beliau tidak akan menyifatkan Sirul “hilang” dan hanya menyebut bahawa pegawai polis berkenaan tidak berada di mahkamah hari ini kerana gagal menerima notis untuk hadir ke mahkamah.

Laporan Malaysiakini:

10.15am: Dalam reaksi segera, pendakwa Tun Abdul Majid berkata pihaknya gembira kes itu telah selesai dan kerja keras mereka berbaloi.

10.02am: Azilah kelihatan berbincang dengan peguamnya, Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar.

Azilah memeluk peguam Kamarul Hisham sebelum dibawa polis ke penjara melalui pintu masuk sisi ruang sidang.

10.00am: Pendakwa Tun Abdul Majid berkata mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul.

9.56am: Hakim Suriyadi berkata responden gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Mahkamah memerintahkan supaya keputusan Mahkamah Rayuan diketepikan dan mengembalikan hukuman mati,” katanya.

Tun Majid meminta waran tangkap dikeluarkan terhadap Sirul.

Hakim Arifin bersetuju untuk mengeluarkan waran tangkap.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share