Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar bersama-sama dengan 16 colunteers AirAsia Allstars mengedarkan pakaian kepada masyarakat setempat di Kuala Krai – Gambar AirAsia

KOTA BHARU, 9 Januari 2015 – AirAsia Berhad terus menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur baru-baru ini.

aireen omar airasia
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad mengagihkan pakaian dan kit keselesaan AirAsia kepada masyarakat tempatan Kuala Krai

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad , Aireen Omar, bersama-sama 16 sukarelawan daripada syarikat penerbangan tersebut tiba di Kota Bharu semalam bagi membantu dalam kerja – kerja pembersihan dan pembinaan semula penempatan masyarakat di kawasan yang dilanda banjir di Pantai Timur.

Kumpulan tersebut turut berhenti di Machang bagi bertemu dengan wakil dan sukarelawan MERCY Malaysia di mana Aireen di terenagkan mengenai situasi banjir. Rombongan meneruskan perjalanan ke Kuala Krai di mana AirAsia kit keselesaan dan pakaian telah diagihkan kepada masyarakat tempatan di sana.

Syarikat penerbangan itu setakat ini telah membantu pelbagai pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) seperti Mercy Malaysia , Muslim Care Malaysia , IKRAM , Pertubuhan Graduan Institusi Pendidikan Malaysia ( HALUAN ) dan banyak lagi dengan menyediakan ruang kargo percuma bagi menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan , bekalan perubatan , pakaian dan keperluan lain. Sebanyak 36 tan barangan bantuan telah berjaya dihantar dan diedarkan di Kota Bahru.

Selain itu, AirAsia Berhad juga telah menyokong pelbagai sukarelawan seperti doktor perubatan, jururawat dan kaunselor dengan penerbangan untuk membantu di kawasan yang terjejas. Setakat ini, AirAsia telah menerbangkan 182 kakitangan perubatan dan sukarelawan secara percuma ke Kota Bahru .

Aireen Omar berkata, “Kelantan adalah salah sebuah negeri yang paling teruk dilanda banjir , dan kami bersimpati kepada mereka yang terjejas akibat bencana ini , termasuklah kakitangan AirAsia yang berpusat di stesen Kota Bharu. Kami menghulurkan bantuan seberapa banyak yang kami mampu bagi meringankan beban masyarakat yang melalui keadaan yang sukar ini dan berharap mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa” .

“Selain barangan bantuan dan aktiviti pembersihan, AirAsia Foundation dengan kerjasama MERCY Malaysia telah melancarkan kempen kutipan derma didalam semua penerbangan AirAsia. Kempen kutipan derma ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan kemurahan hati tetamu-tetamu didalam penerbangan kami amat menyentuh hati kami. Kami berharap untuk mengumpul sebanyak mungkin agar kami dapat membantu masyarakat di Pantai Timur membina semula kehidupan mereka secepat mungkin.”

Kempen derma Pantai Timur Tabung Bantuan Banjir AirAsia sedang berlangsung dari 2 hingga 18 Januari melalui kutipan didalam penerbangan AirAsia dan dalam talian di www.airasiafoundation.com/relieffund. Majalah Review Malaysia

[signoff1]

Photo 3 - Aireen Omar bersama-sama dengan sukarelawan memuatkan barang-barang bantuan untuk diangkut ke pusat pemindahan
Photo 3 – Aireen Omar bersama-sama dengan sukarelawan memuatkan barang-barang bantuan untuk diangkut ke pusat pemindahan

 

Mengenai Kumpulan AirAsia
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah utama dan terbesar di Asia, menyediakan perkhidmatan rangkaian penerbangan terluas dengan 90 destinasi. Semenjak 12 tahun beroperasi, AirAsia telah menerbangkan 250 juta tetamu dan memperkembangkan barisan pesawatnya daripada dua ke lebih daripada 180. Ia kini bangga menjadi syarikat penerbangan Asean (Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara) yang sejati, dengan operasi yang berpusat di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India, menyediakan perkhidmatan ke jaringan penerbangan yang merangkumi semua negara Asean dan juga China, India dan Australia. AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia melalui kajiselidik tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax bagi enam tahun berturut-turut dari 2009 – 2014. AirAsia menjadi syarikat pernerbangan global pertama yang bekerjasama dengan INTERPOL untuk melaksanakan penggunaan sistem I-Checkit, bagi menyaring pasport para penumpang melalui perbandingan maklumat yang terkandung dalam pangkalan data Kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (Stolen and Lost Travel Documents: SLTD) badan polis dunia itu.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE