Berita harian terkini operasi mencari kotak hitam AirAsia di Indonesia 11 Januari 2015: Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa berjaya dibawa naik ke permukaan laut dengan menggunakan beg pelampung tetapi malangnya tiada kotak hitam ditemui didalamnya. Gambar Reuters

Ekor pesawat itu adalah serpihan besar pesawat yang ditemui dan dipercayai boleh merungkai misteri kemalangan pesawat tersebut.

Namun, menurut Pengarah Operasi Basarnas, Marsma SB Supriyadi, kotak hitam, yang merakamkan segala perbualan juruterbang di dalam kokpit mungkin tertanggal daripada ekor pesawat tersebut.

Isyarat ping yang dipercayai dihantar oleh kotak hitam pesawat tersebut pada Jumaat menguatkan lagi harapan ia akan ditemui bersama ekor pesawat tersebut.

Namun, misi pencarian agak mengecewakan apabila pihak berkuasa menyedari isyarat ping itu datang dari arah lain dan bukannya di dalam ekor pesawat tersebut.

Kotak hitam itu dipercayai terbenam jauh di dasar laut yang berselut. MRM

Laporan oleh Sinarharian:

Pencarian kotak hitam QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu semakin hampir apabila isyarat ‘ping’ dikesan semakin kuat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata misi untuk mendapatkan kotak hitam adalah penting bagi menghentikan spekulasi supaya semua pihak dapat mengetahui perkara sebenar di sebalik kejadian tersebut.

Menurutnya, maklumat tersebut diperoleh melalui pusat operasi di Subang yang sentiasa melakukan pemantauan dan memberikan laporan harian terkini mengenai perkembangan pesawat berkenaan.

“Kami memberikan kerjasama 100 peratus dengan mereka di Indonesia apabila mereka memerlukan bantuan.

“Bagaimanapun, kami masih meneruskan pencarian pesawat MH370 walaupun carian untuk Air Asia sedang dijalankan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis makan malam anjuran MCA Perak, di sini, malam tadi.

Katanya, setakat ini pasukan SAR telah menlakukan pencarian MH370 kira-kira 26 peratus daripada 60,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi dan misi tersebut masih diteruskan. SH

[signoff1]

Galeri Foto AirAsia Kredit Detik News/ Reuters / Express UK/ AP / Sinar Harian / MRM

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share