Pangkalan Bun: Anak perempuan kepada juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Kapten Iriyanto merayu kepada orang ramai supaya tidak menyalahkan bapanya berhubung tragedi yang mengorbankan 162 penumpang dan kru pesawat berkenaan.

Angela Anggi Ranastianis, 22, berkata, bapanya juga adalah mangsa dan sehingga kini masih belum ditemui.

“Sebagai anak saya tidak boleh menerima kenyataan bapa dipersalahkan dalam tragedi ini. Tiada juruterbang yang mahu kejadian buruk berlaku kepada penumpangnya,” katanya ketika ditemubual TV One, semalam.

Rayuan itu dibuat sebaik Kementerian Pengangkutan Indonesia mahu mencari pihak bertanggungjawab memberi kebenaran untuk pesawat malang itu melakukan penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada hari kejadian.

Siasatan juga mendapati juruterbang tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung keadaan cuaca sebelum berlepas. – AFP

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE