Berita terkini QZ8501 AirAsia Indonesia yang ditemui serpihannya membuktikan pesawat tersebut terhempas di Belitung – Gambar Reuters

SURABAYA – Suasana di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini tegang dan panik apabila waris keluarga kepada penumpang dan krew QZ8501 milik AirAsia Indonesia tidak dapat menerima berita penemuan bangkai pesawat itu.

Sejurus visual terkini mengenai kejayaan pasukan pencari menemui serpihan kapal terbang itu disiarkan menerusi televisyen tempatan, ramai ahli keluarga mangsa menangis dan ada berdoa agar berita tersebut tidak benar manakala sebahagian lagi dilihat tergamam.

airasia indonesia passenger

Keadaan kecoh itu menyebabkan petugas Badan Search and Rescue Nasional (Basarnas) diserbu ramai ahli waris mangsa yang tidak berpuas hati dan mahu mendapatkan pengesahan berita yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen.

Empat anggota keluarga dilaporkan pengsan dan terpaksa dipapah ke ruang rehat sebelum diberi air mineral oleh petugas perubatan dan ramai waris dilihat menunduk muka kerana berasa amat sedih dengan berita terbaharu insiden kehilangan pesawat itu.

Sejumlah petugas lapangan terbang terpaksa menenangkan keluarga penumpang sebelum meminta semua wartawan dan bukan waris mangsa segera keluar dari bilik taklimat pusat krisis tersebut untuk mengawal keadaan serta memberi maklumat terkini kejadian.

Antara yang berada di dalam bilik berkenaan ialah Ketua Basarnas Surabaya, Muhammad Hernanto; Pengarah Urusan Angkasapura I, firma yang mengurus hal ehwal lapangan terbang, Tommy Sutomo dan Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini. – Agensi

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share