Seorang kanak-kanak lelaki membersihkan lumpur di lantai rumahnya di Manek Urai, Kelantan, selepas banjir surut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Disember, 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan bencana banjir buruk yang melanda Kelantan adalah malapetaka besar yang membawa banyak kemusnahan.

Beliau yang hari ini meninjau kesan akibat banjir besar itu di Gua Musang dan Kuala Krai, berkata kedua-dua jajahan berkenaan merupakan kawasan yang paling teruk terjejas pada banjir kali ini.

Penduduk di Kuala Krai dan Gua Musang menganggap kejadian banjir kali ini bukan fenomena banjir tetapi ia bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam. – Gambar fail AFP, 30 Disember, 2014.
Penduduk di Kuala Krai dan Gua Musang menganggap kejadian banjir kali ini bukan fenomena banjir tetapi ia bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam. – Gambar fail AFP, 30 Disember, 2014.

“Mereka (penduduk) menganggap bencana itu bukan sebagai satu fenomena banjir tetapi ia adalah bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Baru selepas meninjau keadaan di jajahan tersebut.

Turut mengiringi perdana menteri dalam tinjauan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan.
Najib berkata selain melihat sendiri rumah yang musnah sama sekali dan yang rosak teruk, beliau dimaklumkan penduduk beratus rumah musnah dan mereka hilang tempat kediaman.

“Saya lihat begitu banyak kerosakan dan ia amat menyedihkan dan menyayat hati,” katanya, dengan menambah kerajaan akan mengambil beberapa tindakan untuk membantu mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.

MUNGKIN NAJIB PERLU BACA ARTIKEL INI SUPAYA TAHU APA MAKNA MENJAMIN HIDUP RAKYAT – Ana Ghoib

Perdana menteri berkata sekarang ini kerajaan dalam usaha yang berterusan membantu mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dan juga membantu mereka pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir pulih.

Beliau berkata kerajaan akan membuat taksiran secepat mungkin setiap rumah yang musnah dan rosak akibat banjir.

“Tindakan yang perlu diambil ialah membina rumah sementara supaya dapat didiami oleh mangsa-mangsa banjir yang ketiadaan rumah,” katanya.

Najib berkata kerajaan akan membina kediaman kekal untuk mangsa banjir di Kuala Krai di kawasan yang lebih selamat daripada ancaman banjir.

Bagaimanapun, kerajaan pusat akan berunding dengan kerajaan negeri Kelantan memandangkan tanah untuk dijadikan kawasan penempatan baharu itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, katanya.

Perdana menteri berkata pembinaan rumah di kawasan tanah rizab sungai tidak boleh dibenarkan kerana ia amat berisiko tinggi apabila dilanda banjir.

Ditanya adakah faktor utama berlaku malapetaka itu disebabkan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di dua jajahan itu, Najib tidak menolak kemungkinan kecuaian manusia menjadi faktor penyumbang bencana itu.

“Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas,” katanya.

Beliau berkata kayu balak yang banyak hanyut dalam sungai membawa kesan iaitu tersangkut di jambatan menyebabkan air tidak dapat mengalir dan melimpah ke kawasan sekitar dan menyebabkan banjir besar. – Bernama

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share