Tak pasti sama ada situasi ini tidak disedari atau memang sengaja dibuat, namun yang pastinya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan kritikan ramai gara-gara status di laman sosial Facebook peribadinya.

Kisahnya, dalam entri terbaru, Anwar meluahkan simpati terhadap mangsa banjir yang melanda beberapa negeri terutama di kawasan pantai timur semenanjung, malah sempat menyokong langkah yang diambil Kerajaan Persekutuan dalam menangani situasi getir tersebut.

Namun, luahan rasa Anwar gagal mengalih perhatian pengguna terhadap lokasi terkini pemimpin tersebut yang terpampang di status tersebut secara jelas. Buat pengguna, pastinya ia secara automatik memaklumkan tentang keberadaan terkini Anwar ketika memuat naik pesanan itu.

anwar ibrahim dan keluarga

Melalui ruangan komen pada entri tersebut, ramai yang mempertikaikan tindakan Anwar yang tidak bersama-sama rakyat ketika mereka sedang menghadapi kesusahan.

Ada juga individu yang meminta agar pemimpin tersebut pulang segera dari United Kingdom bagi membantu rakyat yang mengundi calon dari PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun, ia tidak dapat dipastikan sama ada Anwar kini sedang bercuti di sana atau mempunyai urusan yang sedang diselesaikan. Kita tunggu sahaja kenyataan darinya nanti!

anwar ibrahim facebook

Kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai tugas di Amerika Syarikat pun sanggup pulang segera bagi membantu mangsa banjir, adakah Anwar pun akan bertindak demikian? Tunggu dan lihat sahajalah nanti. – MYNEWSHUB.CC

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share