Juruterbang pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura semalam, Kapten Iriyanto atau Captain Irianto gemar mengisi masa lapang dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson miliknya.kapten irianto

Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang saudara beliau, Ayik Faulia Atmaja ketika ditemui pemberita di kediaman keluarga juruterbang berkenaan yang juga menjadi tumpuan masyarakat tempatan di Nanggulan, Maguwo, Depok, Sleman di sini hari ini.

“Kami memanggil beliau sebagai Pak De dan memang dikenali kerana hobinya suka berjalan-jalan menggunakan moge (motosikal gede = saiz besar) meluangkan waktu santai menjelajah kawasan dengan rakan-rakan dalam kalangan komuniti moge,” katanya.

Ayik Faulia menambah, setiap kali bersiar-siar dengan moge, konvoi kenderaan itu turut melakukan kerja kemasyarakatan atau baksos (bakti sosial) sambil memberi bantuan kebajikan kepada penduduk miskin di beberapa kawasan tertentu yang dilawati.

“Inilah yang lazim dilakukan Pak De, beliau bukan sekadar bersiar-siar sahaja dengan moge terkenal keluaran Amerika Syarikat itu, malah akan menganjurkan baksos di tempat yang kumpulan beliau singgah sebelum balik semula ke rumah,” jelas wanita tersebut.

Sepanjang kerjaya dalam bidang penerbangan, Irianto memiliki sejumlah 20,537 jam di udara termasuk ketika menjadi juruterbang jet tempur F16 Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara sebelum berpindah kepada syarikat Merpati Air dan kemudian Adam Air.

Namun, selepas syarikat terbabit menghadapi masalah pengurusan, Irianto berpindah kepada AirAsia, dan sudah terbang 6,053 jam dengan syarikat tambang rendah berpusat di Malaysia itu termasuk 2,247 jam sebagai pembantu kapten atau disebut first officer.

Beliau yang berkahwin dengan Widia Sukarti dan dikurniakan dua orang anak; juga dikenali dalam kalangan jiran tetangga sebagai seorang yang taat beribadat dan aktif dalam kegiatan keagamaan di Masjid Nurul Yakin di kawasan perumahan tersebut. – Agensi

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share