Badan Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia (Basarnas) masih belum menemui isyarat ‘Emergency Locator Transmitter’ (ELT) pesawat AirAsia QZ8501 yang kebiasaannya akan memancarkan signal apabila sesebuah pesawat terhempas, lapor media negara itu Antaranews.

“Sehingga kini isyarat ELT itu tidak dapat dikesan,” kata Ketua Basarnas Marsda TNI FH Bambang Soelistyo kepada pemberita, hari ini.

Katanya, isyarat ELT yang sepatutnya terpancar akibat hempasan tidak dapat dikesan alat pengesan yang digunakan negara lain, katanya.

Ditanya punca ELT terbabit tidak menyala, Soelistyo berkata perkara itu akan disiasat Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Negara (KNKT).

Beliau berkata, Basarnas berjaya mendapatkan titik koordinat terakhir dan melakukan pencarian di selat Karimata, sebelah Barat Kalimantan dan perairan Bangka Belitung di Sumatera.

Katanya, Basarnas memiliki alat pengesan isyarat ELT yang mudah dibawa ke mana saja sepanjang proses pencarian.

Sementara itu, kumpulan Badan Daerah Kepulauan Bangka Belitung dilaporkan memfokuskan pencarian pesawar Airbus 320 AirAsia di sekitar Pulau Nangka Belitung Timur.

Ketua Badan Misi Mencari dan Menyelamat Daerah Kepulauan Babel Joni Superiadi berkata pihaknya menumpukan usaha mencari di sekitar perairan Pulau Nangka.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, ada seorang nelayan yang mendengar bunyi ledakan di sekitar pulau tersebut semalam,” katanya di Kapal SAR RB201 di Perairan Belitung, hari ini.

Katanya, kumpulan SAR Babel akan berpecah kepada dua, mengelilingi pulau dari dua arah bagi misi mencari sekitar Pulau Nanas yang jaraknya 30 batu daripada Manggar.

“Fokus pencarian di sekitar Pulau Nangka yang berada di koordinat 1083200 SE-022900 S,” katanya.

Joni berkata, pihaknya pada awal merancang untuk mencari di koordinat 03.22.46 LS dan 108.50.07 BT, namun berdasarkan maklumat daripada Basarnas yang terlebih dulu ke tempat kejadian tidak menemui sebarang petunjuk.

Pesawat AirAsia QZ8501 dalam perjalan dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan daripada radar pengendali pesawat di Soekarno-Hatta dan radar Kohanudnas pada jam 6.18 pagi waktu tempatan dan disahkan hilang pada 7.55 pagi waktu tempatan.

“Hari ini kumpulan SAR Babel akan mengerahkan 3 helikopter untuk mencari melalui udara selain melakukan pencarian menggunakan kapal,” katanya.

-Kuala Lumpur Post

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share