KUALA LUMPUR – Peta kawasan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak Ahad dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura didedahkan kepada umum.

Zon pencarian tersebut dibahagikan kepada tujuh sektor dengan pembahagian dibuat berdasarkan nama kawasan dan juga pasukan pemantau yang ditugaskan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui Twitternya memberitahu, setiap sektor adalah seluas 3,600 batu nautika persegi (60×60 batu nautika). Keseluruhan kawasan pencarian adalah seluas 25,200 batu nautika persegi.

Sektor utara dibahagi kepada dua bahagian iaitu sektor yang dipantau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal KD Pahang telah sampai di zon itu dan telah memulakan pencarian.

Perkara itu disahkan oleh Abdul Aziz melalui tuit beliau:

Sektor yang terdekat dengan Pontianak, Kalimantan pula dipantau Tentera Laut Republik Singapura.

Lima sektor lain adalah yang dipantau Tentera Nasional Indonesia (TNI) iaitu Sektor Unsur TNI1, TNI2 dan Patkamla (Patrol Keamanan Laut) PTK selain Sektor Unsur Bakamla (Badan Keamanan Laut) dan Lanal Babel (Bangka Belitung) dan Sektor Unsur Basarnas/DA & BC.

-Astro Awani
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kd-pahang-sudah-tiba-di-sektor-pencarian-qz8501-51159?cp

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share