Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahthir Mohamad berkata, al-Quran tidak menyebut bahawa mahasiswa yang memasuki universiti harus berdemonstrasi.

Hari ini, kumpulan mahasiswa membalas kembali kenyataan beliau dengan mengajukan persoalan lain.

“Di mana petikan al-Quran yang menghalalkan aktiviti pemerintah Umno dan BN yang selama ini sentiasa digelumangi aktiviti rasuah, riba, penyelewengan kuasa dan harta, penindasan terhadap masyarakat (mahasiswa) dan sebagainya?” soal aktivis mahasiswa Fahmi Zainol.

Mahathir semalam mengulas berhubung perkembangan aktivisme mahasiswa yang kini menganjurkan ceramah dan perhimpunan di pelbagai kampus seluruh negara.

Ia dicetuskan kembali selepas Fahmi, bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), dan beberapa lagi rakan-rakannya dikenakan tindakan selepas menganjurkan himpunan besar dan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus.

Fahmi digantung pengajian selama dua semester dan didenda RM600.

Demo UMNO anti Malayan Unionmalaysia umno

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Fahmi mempertikaikan kritikan Dr Mahathir kerana Umno, parti yang pernah dipimpinnya, sendiri turut berdemonstrasi menentang Malayan Union pada 1946.

“Bagi kami, Umno dan BN tidak usah berbicara soal mahasiswa ‘berdemo’ sedangkan Umno sendiri ‘berdemo’ sejak tahun 1946 membantah Malayan Union.

Fahmi menjelaskan, mahasiswa sudah menggunakan pelbagai cara untuk menegur pemerintah dan berdemonstrasi menjadi langkah terakhir mereka.

“Aktiviti berdemo adalah langkah terakhir supaya pemerintah dengar suara dan teguran kami.

“Saya lihat, kenyataan Tun Mahathir semakin hari semakin berbeza, tidak secerdik dahulu, sudah tua mungkin,” sindirnya terhadap Mahathir yang pernah dianggapnya sebagai “idola”.

Ironinya, Fahmi sebelum ini mengakui lebih gemar kepada pemikiran Dr Mahathir berbanding Anwar.

Malaysiakini

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE