Wang Kertas Baru Denominasi Not RM50 & RM100 gambar yang tersebar di media sosial

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook menjadi medan perkongsian foto not terbaru bagi matawang Ringgit Malaysia iaitu pada nilai RM50 dan RM100.

Melalui muat naik dan perkongsian para pengguna, foto not terbaru itu menunjukkan nilai RM50 berwarna biru dan jingga dan memaparkan imej beberapa bangunan ikonik Malaysia seperti KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Kuala Lumpur.

Namun, ramai yang tertanya-tanya dan meragui kesahihan khabar tersebut terutama bagi nilai matawang RM100 yang disaluti warna emas pada keseluruhan not.

Memetik laporan The Rakyat Post, not RM50 dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Bhd sebagai memperingati Sukan Komenwel pada 1998.

duit baru

Not sah tersebut dikeluarkan lebih kepada item koleksi bagi pengumpul not matawang dan dihasilkan pada kuantiti terhad iaitu sebanyak 500,000 unit. Ia dijual pada harga RM80 bagi setiap kepingan.

Uniknya, not tersebut memiliki tandatangan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don.

Namun kini, nilainya telah meningkat dan dijual pada harga RM500 bagi setiap helai not.

Namun demikian, not RM100 yang kini dijual melalui beberapa platform jualan dalam talian antaranya ‘www.mudah.com’ pada harga RM35 – RM40 sekeping didapati tidak sah.

Menurut sumber dari Bank Negara Malaysia (BNM), pihaknya mengesahkan tidak pernah mengeluarkan apa-apa not seumpama itu.

Sumber yang enggan dikenali itu menambah, tindakan memasarkan not palsu adalah melanggar undang-undang kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

BNM dijangka bakal mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share