Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyemak untuk menurunkan tarif elektrik bagi semua pelanggan domestik di negeri itu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri, beliau berkata langkah tersebut akan memberi manfaat besar kepada pelanggan yang berpendapatan rendah.

Berikutan itu, kata Adenan, hampir 60,000 lagi pelanggan layak menerima subsidi RM20 dari kerajaan persekutuan, di samping 70,000 pelanggan yang sudah pun menikmatinya.

Ini bermakna kira-kira 130,000 pelanggan berpendapatan rendah di Sarawak akan menerima bil bulanan sifar, katanya.

Bagi 50,000 pelanggan yang tidak layak mendapat subsidi kerajaan persekutuan dan menggunakan 150 unit sebulan, tarif akan dikurangkan lebih 40 peratus, tegasnya.

Manakala 50,000 pelanggannya yang menggunakan antara 150 dan 200 unit akan mendapat pengurangan tarif sebanyak 30 peratus, tambahnya.

Adenan berkata 80,000 pelanggan yang kini menggunakan antara 200 dan 300 unit setiap bulan akan mendapat pengurangan tarif di bawah 20 peratus.

Selain itu, 50,000 pengguna yang kini menggunakan 300 dan 400 unit setiap bulan akan mendapat pengurangan kira-kira 10 peratus, katanya.

Manakala baki 125,000 pelanggan lagi dengan penggunaan bulanan terbesar lebih daripada 400 unit, akan mendapat pengurangan antara 2 peratus dan 4 peratus, tambahnya.

Menurut Adenan, 240,000 pelanggan atau hampir 50 peratus daripada pelanggan SEB akan mendapat manfaat daripada pengurangan tarif di antara 20 peratus dan lebih 40 peratus. Malaysiakini 

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share