Ismail berpendapat, ada agenda tersembunyi untuk mencalarkan imej MAS, di sebalik isu bekas anak kapal MAS ditahan di Paris, atas tuduhan melakukan serangan seksual.

KUALA LUMPUR, 16 November: Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) tidak menolak kemungkinan Malaysia Airlines (MAS) berdepan agenda tersembunyi untuk mencalarkan imej syarikat penerbangan nasional itu.

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, isu membabitkan bekas anak kapal MAS yang ditahan di Paris, atas tuduhan melakukan serangan seksual seolah-olah dirancang.

“Kemungkinan di situ ada motif dan juga agenda. Kalau benar ada berlaku serangan seksual atau kejadian rogol atau bagaimana, mangsa kebiasaannya akan ambil masa untuk pulih dan bagi kenyataan, sebab biasanya orang yang berhadapan pencabulan akan mengalami trauma emosi ‘mentally traumatize’.

“Biasanya, mangsa serangan seksual akan ambil masa untuk buat kenyataan atau mengakui sesuatu kejadian itu berlaku,” katanya kepada The Rakyat Post.

Malah, menurut Ismail, tindakan wanita itu juga dipertikaikan, apabila banyak plot kejadian yang diceritakannya, seakan-akan sudah dirancang sejak awal untuk menarik perhatian dunia terhadap MAS.

“Kalau dari aspek psikologi, macam mangsa rogol atau serangan seksual ini, tak semua yang berani secara terang-terangan untuk bercerita, tapi dalam kes ini, mangsa dah bercakap kepada dunia.

“Ramai ada dalam penerbangan tersebut, dan mereka kata tak nampak apa-apa yang luar biasa, semuanya nampak seperti biasa, cuma beliau duduk di sebelah penumpang atas sebab penumpang dikatakan dalam keadaan gementar dan menangis, dan penumpang itu memerlukan perhatian daripada kru kabin.

“Apa yang berlaku antara penumpang tersebut dan pekerja, tiada saksi,” tambahnya.

Semalam, Nufam mengecam tindakan MAS memecat seorang pramugara merangkap Penyelia Penerbangan yang telah berkhidmat 32 tahun dengan syarikat itu, tanpa mengikut undang-undang dan membelakangkan keadilan.

Sehubungan itu, Nufam membawa perkara itu ke pengetahuan Jabatan Perhubungan Industri, dalam usaha memberi keadilan kepada pekerja berusia 57 tahun terbabit. Baca lanjut di Rakyat Post

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE