Berikutan acara atau kempen memegang anjing yang dianjurkan oleh orang melayu dan mendapat sambutan ramai dengan tema ‘I want to touch a dog’ mencetuskan pelbagai reaksi terutama kecaman – MRM

Firman Allah mengenai Anjing dan hukumnya di dalam Al Quran adalah jelas ia tidak haram boleh dibela dan dipegang namun aneh apabila ulama mengambil nas sendiri hanya kerana ia tiada dalam budaya terutama orang Melayu? Benar ia najis berat namun hukummnya bukanlah haram dipegang langsung.

Apa komen pembaca? Apa pun kerana urusan umat Islam sudah disepakati dan ditetapkan ulama maka tak perlulah kita merombak semula dengan melakukan perkara pelik pelik dan menyiarkannya. Lakukan sendiri dan sebarkan Al Quran lebih baik bukan. Usaha mereka yang melakukan kempen ini ada baiknya dan dipuji juga barangkali; cuma janganlah dibuat selalu dan hiduplah rukun bermuafakat justeru Allah memerhati siapakah terlebih baik amalannya juga patuh ketetapan mereka yang mengurus rakyat.

Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, “Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.”

(Apa yang ditangkap oleh anjing yang dilatih untuk berburu adalah halal dimakan. Anjing tidak menangkap dengan kakinya.) Surah Al Maidah 5:4

KUALA LUMPUR, 19 Oktober: Memegang anjing walau dalam keadaan apa sekalipun adalah haram di sisi Islam.daud che ngah

Demikian tegas pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah, ketika dihubungi The Rakyat Post, pada Ahad.

Beliau yang kini berada di tanah suci Mekah memberitahu, tidak wajar seorang umat Islam memberi alasan mahu orang berani berdepan haiwan itu dan menjadikannya haiwan dikasihi.

Katanya, perkara itu terang-terangan bercanggah ajaran Islam dan jika dibiarkan, boleh merosakkan akidah.

Tetapi, menurutnya lagi, Islam turut melarang umatnya bersikap kejam atau menganiaya makhluk ciptaan Allah, termasuk anjing dan babi.

“Tidak ada satu hadis atau ayat al-Quran yang mengatakan umat Islam boleh memegang atau memelihara anjing (tanpa sebab kukuh tertentu).

“Hadis Bukhari terang-terangan menunjukkan bahawa memegang atau menyentuh anjing, hukumnya adalah najis mughallazah dan wajib dicuci (sertu) menggunakan air sebanyak tujuh kali dan satu dicampur dengan tanah.

“Jangan ikut telunjuk orang kafir yang sememangnya mahu menjahanamkan orang Islam, dengan cuba menghalalkan apa yang haram,” tegasnya.

Beliau berkata, hadis juga menjelaskan, malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah seseorang yang memelihara anjing.

Katanya, perkara itu sangat jelas tentang hukum terhadap haiwan itu yang tergolong dalam kategori najis berat, jika tersentuh.

“Kalau dah sentuh pun tidak dibenarkan dan kena cuci dengan air sebanyak tujuh kali, apatah lagi jika memeluknya atau membiarkan ia menjilat mana-mana bahagian tubuh kita,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam hanya dibolehkan menggunakan anjing dalam dua keadaan, sebagaimana dipetik daripada kitab Baharul Wahfi, iaitu jika rumah seseorang itu jauh di pedalaman dan memerlukan anjing untuk menjaga keselamatan keluarganya.

Satu keadaan lagi, jelasnya, ialah apabila seseorang itu hendak pergi berburu di hutan dan memerlukan anjing bagi membantu pemburuannya.

Beliau turut menyelar pihak yang memandai-mandai memutarbelitkan hadis dan al-Quran, semata-mata untuk tujuan tertentu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas program ‘I want to touch a dog’ di Dataran Bandar Utama, pagi tadi, yang turut dihadiri umat Islam.

Menurut penganjurnya, program itu diadakan bagi menghilangkan rasa takut orang ramai terhadap haiwan berkenaan, serta memberi kesedaran tentang pentingnya memupuk sifat kasih sayang sesama makhluk.

Mengulas mengenai perkara itu, Md Daud berkata, beliau tidak bermaksud umat Islam harus membenci haiwan yang diharamkan agama, seperti anjing dan babi.

Sebaliknya, beliau berkata, cukup sekadar tidak menyeksa atau menganiaya haiwan itu, sepertimana kita menyayangi binatang peliharaan lain.

Sumber Rakyat Post

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share