DUA pesawat Ryanair dilaporkan telah bertembung ketika mahu berlepas di Lapangan Terbang Dublin, Ireland, sebentar tadi.

Dua pesawat Boeing 737 itu satu menghala ke Edinburgh dan satu ke Brussels bertembung di antara satu sama lain di sebalik cuaca gelap awal pagi di sana.

Penumpang yang terkejut dengan insiden itu sempat mengambil gambar yang menunjukkan sebahagian sayap sebuah pesawat itu kelihatan patah.

Perkhidmatan kecemasan terus digegaskan ke tempat kejadian dan penerbangan dibatalkan buat sementara waktu.

Difahamkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

Di bawah merupakan kenyataan rasmi daripada Ryanair berhubung insiden tersebut:

“Dua daripada pesawat kami masing-masing menuju ke kawasan pelepasan pagi ini.

“Bahagian sayap sebuah pesawat itu telah melanggar bahagian sayap belakang sebuah lagi pesawat.

“Kedua-dua pesawat adalah di bawah arahan Pusat Kawalan Udara Dublin pada ketika itu.

“Tiada sebarang impak atau kecederaan terhadap penumpang dalam pesawat. Ryanair telah menghubungi IAA dan sekarang sedang bekerjasama dengan mereka. Operasi di Lapangan Terbang Dublin telah kembali beroperasi seperti biasa.

“Penumpang akan diterbangkan ke destinasi mereka menggunakan pesawat lain dan Ryanair telah memohon maaf kepada penumpang yang terjejas dengan insiden terbabit”. – MYNEWSHUB

Oleh: AUDREY LEE

[signoff1]

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share