Foto KENDERAAN yang terbabit nahas. myMetro

Kuala Lumpur: Mengerikan apabila seorang lelaki mati digilis sebelum mayatnya diseret hampir 100 meter menyebabkan badan mangsa hancur berhampiran Taman Connaught, Cheras di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an dirempuh ketika melintas jalan di Lebuh raya Timur Barat dari Bandar Tun Razak menghala ke Cheras di sini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa bagaimanapun dirempuh kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 30 tahun.

“Mangsa yang dirempuh terperosok di bawah kereta itu sebelum terseret lebih kurang 100 meter (m). Akibatnya badan mangsa hancur dan berteraburan di atas jalan.

“Pada masa sama sebuah kereta Honda dipandu lelaki berusia 44 tahun yang berada di belakang kereta wanita itu tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa sekali lagi,” katanya, semalam. Harian Metro

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share