Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari! : Sah! Itu perkataan yang sesuai untuk sebilangan besar kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja dek kerana masalah Malaysia Airlines yang dilihat cukup meruncing jika tidak diselamatkan daripada sekarang. Masakan tidak….

Masakan tidak, MAS dihimpit dengan sejumlah RM3 juta kerugian setiap hari. Sekarang ini, yang banyak bagi keuntungan kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah penerbangan tempatan.

Tetapi sayangnya, penerbangan domestik ini jugalah yang selalu diabaikan Malaysia Airlines (MAS). Diharapkan pelan pemulihan MAS baru 2014-2017 selepas ini akan memberikan impak yang lebih baik daripada sebelum ini. Dunia penerbangan hari ini cukup kejam, jikalau anda terlalu lambat untuk berubah, anda akan terus dipinggirkan…

Malaysia Airlines (MAS) : Pelan Pemulihan MAS baru 2014-2017

Organisasi baru atau Newco akan ditubuhkan menggantikan yang lama

Sejumlah 30% daripada jumlah saiz kakitangan MAS bersamaan 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja yang akhirnya syarikat MAS yang memiliki 20,000 pekerja sebelum ini akan berkurang menjadi 14,000 pekerja.

Suntik RM6 bilion dana merangkumi pembiayaan pembelian baki saham dan program penstrukturan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kawalan ketat.
Dan dijangka syarikat Malaysia Airlines (MAS) akan untung semula selepas 3 tahun daripada sekarang, dijangka tahun 2017. Harap-harap menjadi kenyataan. Insyaallah. Amin.

Sebenarnya daripada dahulu lagi, Berita Semasa agak sangsi mengapa dan kenapa HR/Admin MAS berada di Subang.

Akhirnya terdapat beberapa urusan dalaman Malaysia Airlines termasuklah untuk urusan “resign dahulu“, kalangan kakitangan MAS terpaksa berulang alik KLIA – Subang. Ambil borang di sana, pulangkan uniform di sini.

Alhamdulillah walaupun agak lambat bertindak, akhirnya selepas Malaysia Airlines mencatat kerugian mencecah berbilion ringgit, akhir pihak pengurusan tertinggi MAS nampak masalah ini walau

Walaubagaimanapun, sekarang ini sudah zaman IT, semua urusan banyak menggunapakai online dan “less paper”. Jadi kita semua dapat bayangkan di sini department mana yang paling ramai akan dikenakan VSS. Mungkin?

KUL-LAX-KUL sudah tiada : Penerbangan yang terakhir ke Los Angeles adalah pada 30 April 2014 yang lalu. Siapa yang biasa pergi US pasti menggunakan pesawat MH92/MH93. Sekarang hanya tinggal kenangan.
KUALA LUMPUR – ISTANBUL : Selalunya 4 bulan sahaja penuh, waktu musim orang melancong, lagi 8 bulan ada masalah untuk mendapat penumpang yang konsisten MAS terbang seminggu sekali. Susah utnuk mendapatkan penumpang jikalau hanya terbang seminggu sekali dan dilihat tidak mampu bersaing dengan Emirates yang terbang ke Malaysia 4 kali sehari.
KUALA LUMPUR – FRANKFURT : Dijangka turut bakal dibuang. MAS cuma terbang ke Paris, London dan dan Amsterdam sahajalah di Europe. Mungkin?

Klik baca lanjut di Berita Semasa
P/S : Good for mas too good to the nation. Sudah terlalu banyak “bail out” duit cukai rakyat. Resize man power is a common action to restructure broken company.

PP/S : Syarikat ini sebenarnya seperti manusia juga. Manusia perlu kurangkan lemak untuk menjadi lebih sihat. Syarikat pula mengurangkan kos untuk mendapat untung.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE