Malaysia menyambut hari kemerdekaannya yang ke-57 pada hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari

Selamat Hari Merdeka! 57 tahun lepas, Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Malaya dan enam tahun kemudian, Malaysia terbentuk bersama Sabah, Sarawak dan Singapura.

Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tahu sejarah kemerdekaan. Kalau tidak pun, banyak yang boleh dipelajari dari iklan televisyen dan rencana di suratkhabar tentang Hari Merdeka pada 31 Ogos dan tentang Malaysia.

Dan kiranya kamu tidak tahu, terdapat perbadanan berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam yang saban tahun memberi versi mereka tentang sejarah negara melalui iklan tentang Hari Merdeka.

Beginilah. Kenapa kita perlu menyorot kembali sejarah untuk menerangkan apa itu Malaysia?

Mengapa kita perlu melalui perjalanan silam seperti yang ditaja syarikat minyak negara Petronas walaupun idea klip video itu berasal dari syarikat gergasi tembakau Indonesia, Dji Sam Soe?

Atau klip video tentang betapa besarnya keluarga Malaysia?
Sesuatu yang menarik tentang Malaysia, ia terkenal dengan “pemandangan poskad.” Semuanya nampak suci dan cantik dan semua orang tersenyum manis.

Hakikatnya, keadaan itu tidak wujud. Sebab itulah kita terus menggambarkan waktu silam.

Kerana ketika itu, keadaan kita lebih mudah dan tiada siapa cuba memandai-mandai.

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

KLIK BACA Selagi sejarah Merdeka ditipu, Malaysia tidak akan ke depan – Amin Iskandar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share