Gambar majlis berkabung dan pengebumian jenazah MH17

SEPANG: Linangan air mata pramugara dan pramugari MAS menghiasi suasana sedih dan pilu di hadapan pintu keluar Kompleks Bunga Raya KLIA di sini sebaik jenazah mangsa dibawa keluar oleh kenderaan khas menuju lokasi pengebumian dan persemadian.

Saat sedih itu jelas tergambar di rauh wajah mereka, apatah lagi sebahagiannya sudah berkumpul di hadapan kompleks itu seawal jam 9.15 pagi bagi menzahirkan rasa simpati buat rakan-rakannya yang terkorban dalam nahas tragik MH17 di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Pilot MAS berbaris memberi penghormatan - Klik Baca
Pilot MAS berbaris memberi penghormatan – Klik Baca

Selain sejambak bunga ros putih dibawanya, mereka turut membawa dan mengibarkan jalur gemilang.

Suasana pilu itu turut dikongsi kira-kira 200 orang awam, selain pasukan keselamatan dan menyelamat antaranya dari JPAM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sekumpulan berbasikal dikenali ‘Cycling For All” turut hadir menzahirkan simpati kepada mangsa nahas.

Jurucakapnya berkata, seramai 50 peserta mewakili pelbagai kumpulan berbasikal di sekitar Lembah Klang berkayuh sejauh lebih 25 kilometer bermula dari Litar Lumba F1 Sepang menuju kompleks berkenaan.

Turut menzahirkan simpati, 30 ahli keluarga dan saudara terdekat pembantu juruterbang MAS, Ahmad Hakimi Hanapi yang berkumpul di laluan keluar kompleks. – BH Online

Gambar MH17  oleh Malaysian Insider
Gambar MH17 oleh Malaysian Insider

mh17 mayat

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share