Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa peluang untuk melihat rakyat negara ini tidak terpisah dengan batas kaum sangat kecil.

“Kita akan sentiasa dikenali mengikut kaum kerana golongan sederhana dalam masyarakat tidak berani mempersoalkan apa yang disebut oleh golongan ekstremis dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengadakan sidang akhbar selepas pertemuan tertutup bersama NGO Akademi Belia, dan membangkitkan perkara itu ketika menyimpulkan hasil pertemuan terbabit.

Jelasnya, perkara itu berpunca dari “kontrak sosial” yang dipersetujui agar setiap kumpulan etnik dapat mengekalkan identiti budaya tersendiri.

“Disebabkan perkara itu, disebabkan kita tidak mahu berubah, kita tidak akan berjaya menjadi warga Malaysia sebenar,” katanya yang menyalahkan sikap golongan minoriti.

Katanya, perkara itu berbeza dengan negara seperti Filipina, Thailand dan Indonesia di mana golongan minoriti dan keturuan mereka mendukung budaya dan bahasa tempatan.

Beliau memberi contoh bahawa dua orang bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan Chuan Leekpai, bekas presiden Filipina Corazon Aquino, serta gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, kesemuanya berketurunan Cina.

“Mereka mengaitkan diri secara keseluruhannya dengan negara mereka. Mereka tidak lagi memanggil diri mereka ‘kami Cina Indonesia’. Corazon Aquino dan anaknya (presiden) Benigno Aquino III) tidak berkata ‘kami Cina Filipina’.

“Ada yang masih kata begitu, tapi mereka tidak akan mendapat kedudukan (berkuas),” katanya yang juga penaung kumpulan pro-Melayu PERKASA. Mkini

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share