KUALA LUMPUR – Pas Pusat memutuskan untuk melakukan siasatan terlebih dahulu ke atas tindakan dua Adunnya yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat malam ini setelah mendapati laporan terhadap kedua-dua Adun tersebut perlu dikemukakan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil terhadap mereka.

Bercakap dalam sidang media, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan terhadap dua Adun tersebut hanya akan diputuskan setelah siasatan dijalankan.

“Kami masih cuba mendapatkan gambaran sebenar mengenai tindakan dua Adun yang menyokong pencalonan Wan Azizah.

“Kami masih tidak buat laporan ke atas dua Adun berkenaan, kami ambil keputusan untuk siasat dulu. Akan ada tindakan susulan jika ada laporan,” katanya. Sinar Harian

KLIK LIHAT VIDEO UCAPAN ADUN PAS SOKONG WAN AZIZAH DAN MENGECAM KHALID IBRAHIM PEROSAK PAKATAN RAKYAT – KiniTV

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE