Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA – KAKINOVEL

Kata Imam Al-Ghazali : Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL, SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN – ”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”. – Selamat Hari Raya dari Majalah Review Malaysia – MRM

SELAMAT HARI RAYA – UCAPAN HARI RAYA DAN PANTUN RAYA SERTA GAMBAR RAYA

WALAUPUN sekecil buku nota saiznya, ucapan yang ditulis dengan tulisan tangan mampu melembutkan hati yang sedang marah sekali gus meleraikan segala sengketa.

Bait-bait ucapan itu juga menzahirkan keikhlasan seseorang dalam mengucapkan kata maaf selain bertanya persiapan menyambut hari lebaran.

Malah, tiada siapa dapat menyangkal betapa sekeping kad raya mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding harga yang dibayar untuk membelinya.

Namun, kini ramai yang lebih berminat untuk menzahirkan ucapan selamat hari raya di laman sosial berbanding menghantar kad ucapan.

Ucapan digital ini dikatakan lebih mudah dan tidak menelan kos berbanding kad raya yang perlu dibeli, ditulis dan dihantar kepada penerima. Kosmo

Sudah menjadi tradisi, menjelang Aidilfitri ia akan diserikan dengan teks sms ucapan mahupun pantun yang akan memeriahkan lagi suasana menyambut Hari Raya

Di bawah adalah pilihan pantun ataupun ucapan untuk dikongsikan bersama:

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.


Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.


Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.


Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.


Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.


Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin


Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,


Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.


Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!! 😛


Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.


Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b


Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.


Ucapan Raya bahasa Nogori 9:

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam.

Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang.

Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato.

Dogup bicagho, meghisik raso.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)


Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata

Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.

MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)

Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin..


ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..


Tesalah kata ku ucap sorry, tersalah laku jgn dimaki, Hendak ku ucap salam aidil fitri, rupanya baru Depavali….!! Vanikkam Vasantham Central Am’maa…


Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!


Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.


I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.


RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon! 😛


Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban


kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


moon may come, moon may go,
when syawal come, ramadhan has to go,
if lebih mkn, if silap seloroh, plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran, lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan selamat hri raye, maaf zahir dan batin.

Kredit: Blog mySumber

Berita Mimpi – Ana Ghoib

Hud’s – Risalah Untuk Bani Jawi

Kata Imam Al-Ghazali : Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL, SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN – ”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”. – Selamat Hari Raya dari Majalah Review Malaysia – MRM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share