Lebih 25 rumah hangus dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Air Gentisan, Sepanggar, Kota Kinabalu. – Foto The Star
200 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran babit 25 rumah

Kota Kinabalu: Hasrat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan dua anak jirannya dalam kejadian kebakaran di Kampung Air Gentisan, dekat sini, petang semalam, berakhir dengan tragedi apabila beliau meninggal dipercayai sesak nafas akibat asap tebal.

Difahamkan lelaki yang dikenali sebagai Anuar Husni, 20-an itu cuba untuk menyelamatkan anak jirannya yang dipercayai berada di rumah berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, setibanya di rumah itu, dua kanak-kanak berkenaan sudah keluar, namun akibat asap tebal di rumah itu, mangsa mengadu sesak nafas sebelum dibantu oleh seorang rakannya keluar dari rumah berkenaan.

 

BHarian

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share