Seorang juruterbang komersial memberitahu akhbar The Telegraph bahawa dia hairan dengan laluan penerbangan yang diambil oleh pesawat MH17 memandangkan sebuah pesawat pengangkutan Ukraine ditembak jatuh awal minggu ini.

“Penerbangan telah pun dialihkan dari Crimea,” kata Danny Fyne.

“Saya merasa luar biasa pesawat itu melalui ruang udara kawasan tersebut,” katanya.

Beliau juga dipetik sebagai berkata ia seharusnya jelas kepada pengawal trafik udara dan awam bahawa Boeing adalah pesawat awam dengan sistem radar secondary mengesan ketinggian pesawat dan tanda panggilan unik.

The Telegraph juga melaporkan bahawa rakyat Ukraine di London mahu mengadakan perhimpunan malam ini di luar kedutaan Rusia untuk memprotes tragedi yang menimpa MH17 itu.

Penunjuk perasaan akan meletakkan jambangan bunga di Kedutaan Malaysia dan Belanda sebelum mengadakan protes tersebut.

The Telegraph juga melaporkan bahawa penumpang Belanda, Kor Pan, mengambil gambar MH17 dari lounge berlepas di lapangan terbang Amsterdam.

Beliau menulis kapsyen pada imej itu: “Jika ia hilang, beginilah rupanya”.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share