Operasi cawangan khas Bukit Aman semalam menahan suspek pengganas Sulu di Sabah – Foto myMetro

Kuala Lumpur: Sijil pelantikan ‘panglima’ kesultanan Sulu antara dokumen dirampas daripada enam termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal yang ditahan kerana disyaki pengganas dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, semalam.

Turut dirampas ialah kad keanggotaan kumpulan pengganas yang mereka sertai, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam, berkata, anggota polis ditahan itu dikenali sebagai Koperal Zainuddin Mislani.

Menurutnya, turut ditahan Abu Bakar [email protected], 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu [email protected] Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin) bersama isterinya, Sitti Nukah Abdul Lama, 56, dan [email protected] Bustan [email protected], 55.

“Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini susulan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas,” katanya. myMetro

Klik sini baca lanjut operasi cawangan khas Bukit Aman ini – MRM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share