Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) menyaman syarikat penerbangan itu di mahkamah Australia, menuntut gantirugi sebanyak A$250,000 (RM752,000) kerana didakwa enggan menyediakan kerusi roda kepadanya, mengakibatkan dia terjatuh dan mengalami keretakan tulang. Foto brisbanetimes.com.au

Kejadian itu berlaku pada 4 April tahun ini, dakwa Vineetha Latha Warnakulasuriya  yang berusia 72 tahun, apabila dia tiba di Sri Lanka dari Kuala Lumpur, dengan pesawat Penerbangan MH179, dan meminta kerusi roda daripada kakitangan bertugas.

Bagaimanapun, Vineetha mendakwa, dia diberitahu bahawa kerusi roda tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat, dan dia perlu keluar di mana kerusi roda itu akan dibawa.

Dalam pernyataan tuntutannya, Vineetha berkata, berikutan itu, dia tidak ada pilihan tetapi terpaksa mematuhi arahan tersebut dan dia cuba bangun dari tempat duduknya tetapi terjatuh ke lantai, menyebabkan mengalami kecederaan.

Pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Daerah Brisbane semalam. Vineetha memegang dua kerakyatan – di Sri Lanka dan di Australia.

Beliau mendakwa telah mengalami keretakan tulang pada tibia kanannya (tulang kering) dan kerosakan ligamen di tempurung lutut kanannya akibat terjatuh itu.

Menurut dokumen itu, Vineetha meminta kerusi roda kerana sebelum itu, dia telah terjatuh di Lapangan Terbang Melbourne, dan mengalami kecederaan pada lutut kanannya.

 

 

Malaysiakini BM

Malaysia Airlines:

A Malaysia Airlines spokesman said the company would defend itself in court after investigating the incident.

“Passenger safety and comfort are our top priority at Malaysia Airlines,” he said.

“We are concerned that Mrs Warnakulasuriya had a fall on the travelator at Melbourne Airport before boarding her flight, and again prior to disembarkation at Colombo. We have extended the validity of her ticket at no charge so that she can recuperate in Sri Lanka before returning home.” – brisbanetimes.com.au

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share