Pesawat pejuang tercanggih AS, F-22 Raptor di Malaysia untuk latihan dengan TUDM

Buat pertama kali dalam sejarah, pesawat pejuang tercanggih Amerika Syarikat, F-22 Raptor akan berlegar di ruang udara negara ini apabila ia terlibat dalam latihan dengan pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi Eksesais Cope Taufan 2014.

Malaysia Military Power Blog: Gagak

Cope Taufan 2014 memang agak mengejutkan aku. Kehadiran F-22 Raptor yang di ura-urakan akan bertembung dengan Su-30MKM dalam latihan pemintasan, dogfight, comm familiarisation, wingman control, flying formation dan serangan.

Namun begitu sebenarnya apa yang lebih menarik minat aku ialah pertembungan antara F-22 dengan MIG-29N TUDM. Seperti yang kita tau Mig-29N kita ni boleh tahan lah canggihnya dan memiliki off boresight capability. .. tapi kalau di bandingkan dengan F-22 RAPTOR tu.. umpama langit dengan bumi lah ceritanya.

tudm

Difahamkan F22 berlatih dengan Mig29 semalam dalam latihan dogfighting 1vs1 dan 2vs2. Hasil pertembungan tu tidak didedahkan lah. Tapi aku dengar gossip2 kata saling tapaw menapaw antara satu sama lain di samping keputusan seri. Agak mengejutkan jika benar gossip ni. Tapi biasala senario latihan kadang akan beri disadvantage pada F-22 dan begitu juga sebaliknya.

Tapi kembang juga la punggung bila dengar gossip kata F-22 sukar nak lock Mig-29N … semasa dogfight. Obviously Pilot TUDM dapat pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna hasil dari kena tapaw dalam eksesais2 Cope Taufan yang lepas. We learn from mistake and we improve our self kata orang jawa.

raptor

Mig-29 merupakan pesawat yang memiliki keupayaan yang sangat tinggi dalam pertempuran jarak dekat atau within visual range (WVR) ini disebabkan aerodinamik nya yang sangat superb dan Helmet Mounted Sight nya. Dalam 10 nautika mile Mig-29 merupakan lawan yang sangat sukar untuk dikalahkan dan sebenarnya digabungkan dengan IRST, SURA HMD dan Archer missile .. MiG-29 N boleh dikatakan terlalu susah untuk di tapaw. Rata2 pilot TUDM pun flight hour nya kurang berbanding pilot USAF tapi pengalaman dari pertembungan lepas memang tak pernah disia siakan.

28deg/sec instantaneous turn rate bagi Mig-29 memang menyukarkan mana2 aircraft untuk achieve lock dan ini terbukti didalam Cope Taufan

Sekain

GaGaK

Sumber

F-22 Raptor dan pesawat pejuang F-15C/D Eagle akan berada di Malaysia selama sebulan untuk latihan itu.

Ini adalah kali pertama pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat terbang di ruang udara Malaysia dan Asia Tenggara dalam misi latihan, walaupun sebelum ini ia pernah berada di Singapura untuk pameran.

Walaupun diperakui sebagai sekutu paling rapat Amerika Syarikat di Asia Tenggara, pesawat F-22 Raptor itu tidak pernah terlibat dalam latihan dengan pesawat-pesawat Singapura, Filipina mahupun Thailand setakat hari ini.

Pengumuman mengenai kehadiran Raptor di Malaysia itu dibuat oleh jurucakap Barnes Air National Guard Kolonel James J. Keefe yang berkata, sejumlah pesawat pejuang F-15C/D serta lebih 100 kakitangan daripada unit 104th Fighter Wing telah berada di Malaysia sejak Sabtu lepas untuk sesi latihan dengan TUDM.

Unit 104th Fighter Wing katanya, akan menyertai pesawat F-22 Raptor daripada Massachusets Air National Guard yang telah berada di Malaysia untuk latihan yang sama.

“Latihan ini (Cope Taufan) bukan sahaja membantu kita meningkatkan hubungan dengan salah satu rakan strategik kita (Amerika Syarikat), tetapi juga membantu membangunkan aspek taktikal bagi pesawat F-15C/D dan F-22 Raptor bagi operasi di rantau Pasifik,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan, WGGB.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan bilangan pesawat pejuang Amerika Syarikat yang bakal terlibat dengan latihan Cope Taufan itu dengan alasan ia merupakan maklumat yang sensitif.

“Pesawat pejuang kami akan terlibat dengan pelbagai latihan bersama pesawat MiG-29N dan Sukhoi SU-30 MKM Tentera Udara Diraja Malaysia sepanjang berlangsungnya Cope Taufan 2014,” kata Keefe.

Kehadiran pesawat pejuang F-22 Raptor di bumi Malaysia itu membuktikan kerjasama yang semakin erat di antara angkatan tentera kedua-dua negara, terutamanya sejurus selepas lawatan Presiden Barack Obama ke negara ini baru-baru ini.

Hubungan ketenteraan yang semakin erat di antara Malaysia dan Amerika Syarikat itu juga selaras dengan dasar “Asia Pivot” negara kuasa besar itu yang menyaksikan lebih banyak aset tenteranya dihantar ke Asia Pasifik bagi mengimbangi peningkatan kuasa China.

Sebagaimana Malaysia, tentera udara China juga menggunakan pesawat pejuang Sukhoi SU-30 dan latihan dengan TUDM itu mampu membantu pesawat Raptor itu membangunkan aspek taktikal yang spesifik jika ia berhadapan dengan pesawat yang sama daripada negara Tembok Besar itu.
Sumber Malaysia Gazette

Info lanjut klik sini  Malaysia Flying Herald

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share