TELUK INTAN – “Itu kena tanya Shahrizat,” demikian komen ringkas diberikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud ketika diminta mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar yang menolak dakwaan institusi pengajian tinggi (IPT) itu hanya memilih anak orang Umno daripada kalangan keluarga berada.

Dyana Sofya berkata, reaksi balas yang dibuat beliau sebelum ini, adalah hasil kenyataan dibuat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sendiri terhadap dirinya.

Menurutnya, beliau sebelum ini diingatkan tidak menjadi pengkhianat bangsa sendiri hanya kerana graduan keluaran universiti berkenaan. Sinar Harian

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share