Kebocoran gas Pyrogen dikesan berlaku di bilik penyimpanan data bangunan MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini. Gambar www.engines1.com

Timbalan Penguasa (Ketua Balai) Bomba dan Penyelamat KLIA, Yahya Mohd Sham berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.17 petang tadi.

“Sebaik menerima laporan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian satu dari bomba KLIA dan sebuah lagi dari Airport Fire Rescue Service,” katanya.

Beliau berkata, semua petugas diarahkan mengosongkan bangunan bagi membolehkan kerja menyelamat dijalankan.

“Kerja pengalihan udara bagi mengeluarkan serbuk gas juga dibuat dan ia adalah tidak membahayakan,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Gas Pyrogen digunakan untuk memadam api jika berlaku kebakaran. – Bernama

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share