malindoair stewardess

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, Malindo Airways, menawarkan tambang istimewa ke dan dari Kuching serta Kota Kinabalu, bagi pengundi yang mahu pulang untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Umum 2013 pada 5 Mei depan.

“Tambang istimewa ke Kuching daripada RM78 dan daripada RM108 ke Kota Kinabalu itu boleh ditempah segera bagi perjalanan antara sekarang dan 31 Julai,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Tambang sehala itu ditawarkan bagi 168 tempat duduk dalam kelas ekonomi di empat penerbangan harian ke dan dari Kuching serta tiga penerbangan harian ke dan dari Kota Kinabalu. – BERNAMA

[quote]Mission
Our focus is to deliver exceptional air services while offering LOW FARES with added values.
Vision
We strive to meet beyond customer expectations while ensuring our actions result n profit to the company and maintain a low-cost operation.
Logo
Our logo is a combination of a Lion Head and Sun Rays. The choice of this logo is to maintain consistency with the Lion Air family logo.
Tag line – “Not Just Low Cost”
Malindo is not only a Low Cost carrier but also an airline that provides superior products and services.[/quote]

Malindo Air terima sijil operasi syarikat penerbangan

KUALA LUMPUR: Malindo Air telah menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Sivil (DCA) untuk menjalankan operasi udara komersial.

Dalam satu kenyataan hari ini, Malindo Air berkata kelulusan itu adalah satu kejayaan dalam memperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah baru yang dinanti-nantikan itu.
Anggota Lion Group itu berkata ia menyasarkan untuk memulakan operasi pada Mac.

Syarikat penerbangan hybrid pertama Malaysia itu berkata ia akan memperkenalkan penawaran produk kelas bisnes dan ekonomi.

Pesawat yang mempunyai tempat duduk yang lebih lebar iaitu 45 inci untuk kelas bisnes dan 32 inci di kelas ekonomi itu menawarkan pilihan baharu untuk keselesaan penumpang.

Penerbangan juga disediakan dengan kemudahan seperti televisyen peribadi, perkhidmatan makanan di kelas bisnes dan snek di kelas ekonomi.

Lain-lain tambahan nilai yang ditawarkan oleh Malindo Air ialah elaun bagasi percuma 30kg untuk kelas bisnes dan 15kg bagi kelas ekonomi.
Berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ia akan menjadi syarikat penerbangan pertama menggunakan B737-900ER serba baharu di Malaysia.

Syarikat penerbangan baru itu akan membeli 100 pesawat sepanjang 10 tahun akan datang dan pada permulaan, akan menawarkan laluan sejauh lima jam daripada Kuala Lumpur. – BERNAMA

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share