Lawatan Rasmi Presiden A.S. Barack Obama:

Kakitangan keselamatan AS menunggu ketibaan Presiden Barack Obama yang menggunakan penerbangan Air Force One di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang. (AP Photo / Lai Seng Sin).

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi dalam rangka lawatan tiga harinya ke negara ini. Lawatan antara lain dilihat sebagai sebahagian usaha meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara selain mencari peluang “perkongsian bersama”.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada kira-kira jam 4.50 petang.

Lawatan Obama Ke Malaysia 2014 – Foto ihsan Astro Awani

barack obama 2

barack obama 1

 

Tiba di parlimen Presiden Barack Obama berjalan selepas upacara sambutan negara di Parlimen pada hari Sabtu.(AP Photo/Vincent Thian)
Tiba di parlimen
Presiden Barack Obama berjalan selepas upacara sambutan negara di Parlimen pada hari Sabtu.(AP Photo/Vincent Thian)
Obama dan KJ Presiden Barack Obama berjalan sambil diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. (AP Photo/Lai Seng Sin)
Obama dan KJ
Presiden Barack Obama berjalan sambil diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. (AP Photo/Lai Seng Sin)

Sejurus tiba, Obama beredar dari pangkalan udara itu untuk ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur dengan menaiki limousin presiden beliau untuk diberikan sambutan negara dan perbarisan kehormat..

Semalam, Anifah berkata, lawatan presiden AS itu menandakan bermulanya peningkatan hubungan dua hala Malaysia-AS kepada sebuah perkongsian komprehensif.

Beliau berkata, hubungan baik yang terjalin antara Obama dan Najib akan memastikan perbincangan berkaitan ekonomi, keselamatan dan hubungan rakyat kepada rakyat adalah terbuka, konstruktif dan produktif.

Malam ini Obama akan menghadap Yang di Pertuan Agong selain menghadiri jamuan makan malam negara di Istana Negara.

Beberapa jam sebelum ketibaan Obama, kelihatan pasukan keselamatan termasuk polis, kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat dan pegawai perisikan dilihat membuat pemeriksaan rapi di beberapa lokasi dimana Obama dijadualkan mengunjungi.

United States president Barack Obama and Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak have two things in common. Both were elected to lead their countries in the same year. Mstar
United States president Barack Obama and Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak have two things in common.
Both were elected to lead their countries in the same year. Mstar

Kali terakhir lawatan presiden Amerika Syarikat ke Malaysia adalah pada tahun 1966 dimana ketika itu adalah presiden Lyndon Johnson, ketika Amerika Syarikat sedang berusaha meraih sokongan serantau dalam Perang Vietnam.

Lawatan dilihat Putrajaya sebagai usaha untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala terutamanya dalam bidang “ekonomi, keselamatan dan hubungan antara rakyat”.

Bagaimanapun Obama berhadapan tekanan daripada beberapa kumpulan hak asasi, demokrasi dan agama dalam beberapa isu.

Bantahan terhadap lawatan Obama turut diadakan di Malaysia dan Filipina. Klik foto.

Antara yang menjadi topik perbincangan khusus adalah berkaitan Perjanjian Bebas Perkongsian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

Namun TPPA telah awal-awal lagi menerima tentangan daripada beberapa kumpulan di negara ini dengan alasan ia akan memberi kesan negatif kepada harga ubat-ubatan, pencabulan kedaulatan negara dan bertentangan dengan hak keistimewaan bumiputra.

Lawatan Obama di tengah-tengah kebimbangan kebangkitan China sebagai kuasa serantau dan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH370.

Esok Obama akan mengunjungi Masjid Negara pada sebelah pagi, meskipun mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan yang menggelar Obama sebagai “musuh Islam”.

Ini disusuli pertemuan peringkat tertinggi pemimpin kedua-dua negara di antara Obama dan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya.

MH370: Obama expresses support, says Hisham http://bit.ly/1fdW4GQ "He said he knows it is a tough, long, road ahead. We'll work together. There is always support," Hishammuddin said. Picture courtesy of 1malaysia.com.my.
MH370: Obama expresses support, says Hisham http://bit.ly/1fdW4GQ
“He said he knows it is a tough, long, road ahead. We’ll work together. There is always support,” Hishammuddin said.
Picture courtesy of 1malaysia.com.my.

Satu sidang media bersama dijangka diadakan selepas pertemuan itu.

Obama dan Najib kemudiannya akan merasmikan pelancaran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) sebelum mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin muda Asia Tenggara di Universiti Malaya dan beberapa pemimpin masyarakat.

Obama dilaporkan menginap di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur sebelum berangkat ke Filipina Isnin bagi melengkapkan rangka lawatannya ke Asia.

Obama sebelum ini mengunjungi Jepun dan Korea Selatan.

Beliau sepatutnya mengunjungi Malaysia tahun lalu tetapi terpaksa dibatalkan ekoran krisis penutupan pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat.

Sumber Astro Awani

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share