Berikut adalah luahan secara terbuka di laman Instagram isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman setelah 40 hari kehilangan pesawat MH370.

Beliau mendakwa ingin mencari kebenaran yang didakwa cuba disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya dipetik Astro Awani.

Itulah luahannya yang berada dalam situasi sukar atas kehilangan suami. Pelbagai dakwaan boleh dibuat atas kesukaran tersebut. Semoga dirinya tabah saat-saat sulit yang ditempuhinya…

intan maizura othaman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share