KUALA LUMPUR: Senator Dr Syed Husin Ali mempersoalkan tindakan kerajaan yang sehingga hari ini tidak mendedahkan senarai kargo pesawat (cargo manifest) pesawat MAS MH370.

Dalam perbahasan titah ucapan YDP Agong di Dewan Negara semalam, Dr Syed berkata apakah sesuatu dokumen atau maklumat perlu dibocorkan media di luar negara terlebih dulu, kemudian baru kerajaan mahu mengakuinya.

“…ada pembocoran maklumat kepada media luar yang mendakwa sumber mereka ialah pegawai tinggi dan berkali-kali Menteri kena menafikan.

“Yang tidak dapat di nafi ialah perbualan pilot-menara kawalan, kerana direkodkan dan diterbitkan,” teks ucapan Dr Syed Husin di Dewan Negara dipetik.

“Adakah menunggu sampai ia dibocorkan? Saya menggesa supaya senarai atau manifes ini hendaklah segera diumumkan, kerana melengahkannya sudah menimbulkan banyak persoalan dan syak wasangka.

Tambahnya, sikap ini menyebabkan pakar-pakar penerbangan luar, kerajaan asing, pihak media bahkan orang awam tempatan merasa tidak puas hati.

“Percanggahan maklumat memperlihatkan pihak Kerajaan, DCA dan MAS berdolak dalik dan percanggahan berlaku kerana jurucakap bukan seorang saja yang profesional.

“Semasa Menteri menjadi jurucakap utama pun ada beberapa orang pegawai awam, polis atau tentera bahkan menteri lain juga yang bercakap dan memberikan pendapat, kadang-kadang berlainan.

“Kenyataan rasmi tentang pesawat telah patah balik dibuat hanya selepas empat hari.
“Ertinya selama empat hari China dan Vietnam terutamanya membuang masa mencari di Teluk Siam; mereka timbul marah sehingga menuduh Malaysia tidak mahu berkongsi maklumat.,” katanya.

Sumber Keadilan Daily

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share