Buku MH370 oleh Pak Habib penulis politik numero uno di Malaysia dengan tajuk: MH370 Hilang, Kemana Najib Nak Menghilang – MRM

Oleh Blogger APA

Aku baru saja selesai membaca buku terbaru Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas yang membicarakan tentang “HILANG” MH370 dan macam macam yang telah dan bakal HILANG dalam negara ini.Ini merupakan rekod peribadi aku kerana berjaya menghabiskan bacaan buku setebal 398 mukasurat ini dalam masa bawah 3 jam bila Abah (Pak Habib) singgah sekitar jam 3.30 petang tadi menghadiahkan buku terbarunya ini kepada aku.

 “HILANG” adalah acara sepanjang tahun Malaysia – Pak Habib

Mungkin kerana tajuknya yang amat relevan dengan Misteri Kehilangan MH370 yang masih gagal dirungkai semua pihak yang membuatkan aku tertarik untuk terus membacanya sampai habis,dan berjaya aku lakukan dalam tempuh dua setengah jam sahaja.Buku bertajuk MH370 HILANG- KEMANA NAJIB NAK MENGHILANG timbul diwaktu MISI SAR masih berjalan di Lautan Hindi berdekatan Perth Australia untuk mengesan isyarat yang konon nya dari Kotak Hitam yang kali terakhir dikesan seminggu yang lalu dan ini agak memeranjatkan aku akan kepantasan Pak Habib menerbitkan buku ini…

buku syed hussein al attas

Mungkin…

Ramai aku rasa yang akan beranggapan buku terbaru Pak Habib ini hanya sekadar “SAMPAH” yang sengaja ditulis untuk mengaut keuntungan ditengah tengah misteri MH370 yang masih belum mampu terungkai hingga kini.Tapi setelah menghabiskan buku ini,aku tidak rasa ianya SAMPAH bahkan banyak isi kandungan buku ini yang mampu mencetus “pemikiran luar kotak” atau mungkin “pemikiran tanpa kotak” terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.Terpulang kepada apa yang anda mahu lihat,kerana itu yang bakal anda nampak dengan membaca buku ini.

Jadi kepada anda penggemar dan peminat tulisan kontrovesi menongkah arus,sila dapatkan buku terbaru Pak Habib ini di Pustaka Mukmin,Jalan Tuanku Abdul Rahman mulai besuk…

 

Nota Kaki : Sebagai seorang yang SKEPTIK tentang Misteri Kehilangan MH370 ini sejak awal lagi,aku berpendapat banyak isi kandungan buku ini yang selari dengan teori(baca spekulasi) yang bermain dimedia tempatan dan antarabangsa ketika ini.

Kalau ditanyakan pendapat aku secara peribadi,aku akan berkata..”Penerbangan pesawat malang MH370 ini berakhir di Pulau Diego Gargia pada pagi Sabtu 8hb March 2014…”

Jangan tanya aku mana aku tahu…
Jangan minta BUKTI SAHIH segala tok nenek dari aku !

Aku bukan KUASA yang boleh dan ada akses untuk semua informasi itu.Aku tak boleh mintak dari CIA,FBI,NTSB segala tok nenek maklumat yang aku perlukan…

BOEING dan ROLLS ROYCE takkan bagi aku DATA yang aku perlukan untuk aku tahu bila kali terakhir kedua enjin pesawat MH370 berhenti berfungsi dan dimana lokasi masa enjin dihentikan..

Semua maklumat terperici dan sulit ini hanya pihak berkuasa KERAJAAN MALAYSIA sahaja yang boleh mintak (setakat hari ini aku difahamkan pihak US dan 2 syarikat enjin pesawat masih enggan memberikan Kerajaan kita informasi saperti diatas).

JADI JANGAN TANYA MACAMANA AKU TAHU “PENGAKHIRAN NASIB MH370” DAN JANGAN MINTA AKU KEMUKAKAN BUKTI SAHIH!

Cuma..

Berbeza dengan PENIPUAN/KONSPIRASI 9/11,kali ini US memilih pentas utama yang salah.

Dalam tragedi 9/11 US memilih Dua Menara World Trade Centre sebagai “pentas utama” mereka sehingga dunia dilekakan dari melihat “pentas sekunder” 3 pesawat yang dikatakan melanggar dua menara dan sebahagian dari Pentagon iaitu American Airlines Flight 11,United Airlines Flight 175 dan American Airlines Flight 77.Tidak dilupakan United Airlines Flight 93 yang kononnya terhempas di Shanksville, Pennsylvania sebelum sempat melanggar White House Washington DC.

Kelekaan menonton aksi grafik CGI di semua media(terutama CNN) ketika itu membuatkan dunia terleka dengan terlupa akan “4 senjata utama” merupakan 4 pesawat yang tidak pernah terbang berdekatan New York dan Washington DC pada hari yang malang itu apatahlagi melanggar 2 target utama PEMBOHONGAN AMERIKA ,World Trade Centre dan Pentagon.Hanya selepas beberapa tahun baru pembongkaran dapat dilakukan oleh pihak pihak yang tidak berpuas hati dan ternyata hari ini TRAGEDI 9/11 HANYALAH PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN AMERIKA untuk menghalalkan mereka menyerang negara negara Islam target mereka ketika itu.

Kali ini Amerika melakukan kesilapan bila tersalah memilih pentas utama mereka…

“PENTAS UTAMA” mereka kali ini adalah Pesawat Malang MH370 dan sejak awal awal lagi PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN yang cuba dilakukan mereka serba tidak menjadi.Langit terbuka dan medan imformasi maya yang jauh lebih advance dari sewaktu tragedi 9/11 mereka lakukan telah mendedahkan kontradiksi demi kontradiksi berhubung maklumat yang mereka salurkan sejak kehilang MH370 yang mencetuskan lebih banyak persoalan dari jawapan setiap hari.

Amerika saperti kehilangan punca untuk menutup EPISOD PEMBOHONGAN ini dengan satu pengakhiran yang mampu diterima akal dan dapat dihadham masyarakat dunia yang sedang menanti dengan senyum apa yang ingin mereka simpulkan diakhir.Pengalaman terpaksa bersilat berkungfu selepas Tragedi 9/11 didedah amat menakutkan Amerika…he he he

 

 

Sumber ATP

Sumber Syed Hussein Al Attas Blog

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share