PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan masih belum menjawab beberapa persoalan utama mengenai kehilangan MH370 yang sudah masuk hari ke-39. Foto Buang Manggis misteri MH370 – infomedia.my

Anwar Ibrahim Isu MH370: Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.

“Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.

“Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, kesahihan maklumat yang diterima dari pihak kerajaan berkenaan isi kargo yang dibawa oleh MH370 pada 8 Mac lalu agak meragukan.

“Berdasarkan maklumat yang diberikan, pesawat MH370 telah membawa 4 tan buah manggis sebagai muatan kargo, namun setelah disiasat kami tidak tahu dari mana datangnya buah manggis itu kerana ianya di luar musim bagi tumbuhan tersebut untuk berbuah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih telus dalam menyalurkan maklumat dengan tepat dan betul kepada semua pihak termasuk keluarga penumpang MH370. Sinar Harian

 

MH370: DARI MANAKAH MANGGIS MISTERI YANG DIBAWA MH370?

FAMA: MANGGIS MISTERI YANG DIBAWA PESAWAT MH370 BUKAN DARI MUAR | Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor menjelaskan manggis yang dibawa ke China menerusi pesawat MH370 tidak mungkin dihasilkan dari daerah Muar.

Pengarah FAMA Johor, Faridul Atrash Md Mokri, berkata mengikut rekod, tiada dusun di Johor yang menghasilkan manggis ketika ini kerana musim buah itu mulai Jun ini.

“Sekarang ia baru berbunga dan hasilnya dapat dipetik mulai Jun. Kita mendapati sekarang bukan musim manggis di Muar atau daerah lain di negeri ini,” katanya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan media kononnya kira-kira empat tan manggis yang dibawa dalam pesawat malang itu berasal dari Muar. MAS sebelum ini mengesahkan pesawat itu turut membawa manggis untuk dihantar ke Beijing.

Sementara itu, peniaga buah-buahan di Pasar Maharani, di Muar, mengakui sekarang bukan musim buah berkenaan dengan kali terakhir mereka mendapat bekalan manggis ialah Disember lalu.
Peniaga, Yanti Ahmad, berkata dia menjangka bekalan manggis akan mula diperoleh sekitar Julai ini untuk dipasarkan.

“Kami menjangka manggis akan dibekalkan semula menjelang Aidilfitri hujung Julai ini. Manggis berbuah dua kali setahun, sama seperti durian.

“Jika ada pun manggis sekarang, ia mungkin dari negeri lain seperti Perak. Kebanyakan manggis dieksport ke luar negara kerana mendapat permintaan yang tinggi dengan purata harga sebiji mampu mencecah RM12,” katanya.
Mohd Tarmizi Abd Rahim pula berkata, musim buah-buahan kali ini khususnya manggis dijangka lewat kerana cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan hasil kurang bermutu. -bharian

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share