Misteri kehilangan MH370: Anwar mampu selesai dengan memberi jawapan media komprehensif berbanding Najib yang juga misteri sering mengelak media. Itu jawapannya! Jika semuanya dijawab oleh PM tentunya tidak menjadi misteri dari cuba mengelak hingga mencetus misteri dan kontroversi.

Baca lanjut analisis kredibiliti Malaysia yang dipertikai oleh The Malaysian Insider – MRM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dalam satu saat.

Beliau menyifatkan dakwaan pemimpin tersebut sebagai tidak masuk akal dan memperbodohkan rakyat Malaysia.

Najib berkata, kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-39, hari ini memerlukan sokongan dari negara luar berikutan kerumitan dan cabarannya yang di luar dugaan.

“Ini memang tidak masuk akal sama sekali malah memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Pada 5 April lepas, sebuah akhbar Cina menyiarkan sebuah artikel wawancara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly bahawa jika dirinya Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370.

Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston, hari ini berkata sebanyak sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal membantu dalam misi pencarian MH370.

Selain itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang untuk membuat pencarian di udara membabitkan 62,063 kilometer persegi dan lokasi sasaran berada pada 2,170 kilometer barat laut Perth. – Bernama

 

Sumber Sinar Harian Terkini Semasa MH370 Misteri

pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal.

“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan dengan longitude dan latitude yang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur ‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi.

 

Sumber 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share