Walaupun IGP telah beri penjelasan bahawa pesawat MH 370 membawa 8 tan Manggis utk diexport ke China..semakin banyak pihak tampil mempertikaikan kenyataan dia.. FAMA yg menjadi pihak yg menjaga kualiti buahan yg diexport ke luar negara menafikan ada manggis yg dikatakan diambil dari ladang di Muar….
Hari ni.. penduduk di Kesang, Muar juga memaklumkan musim Manggis hanya bermula pada bulan June nanti…..malah musim buah manggis itu sama diseluruh negara.

MH370 Yang Hilang Bawa 4 Tan Buah Manggis. Ada Kaitan?

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Ahmad Jauhari Yahya mengakui kalau pesawat Malaysia Airlines yang hilang mengangkut muatan tidak lazim. Ada buah manggis seberat empat tan yang hendak diangkut ke Beijing, China.

Ahmad Jauhari menjawab soalan wartawan, apakah ada barang berharga atau yang membahayakan dalam kargo pesawat itu.

“Kami mengangkut banyak buah manggis. Dalam jumlah besar, kira-kira tiga atau empat tan manggis ke China,” kata Jauhari dalam jumpa pers, Selasa (18/3).

Tapi Jauhari tidak menyebutkan apakah ada barang berharga atau berbahaya yang mungkin mencetuskan rampasan pesawat yang sudah hilang sejak Sabtu (8/3) lalu itu. Belum diketahui juga siapa yang mengangkut buah manggis seberat itu.

Saat ini pihak Syarikat menetapkan Kod Tango, yang bermakna penetapan keselamatan maksimum bagi seluruh jajaran syarikat penerbangan. Mereka memberi keselamatan tambahan bagi setiap pesawat MAS yang hendak terbang, menyemak keadaan pilot dan memastikan seluruh pesawat dalam keadaan laik, sebelum terbang. (IH)

Blogger Din Turtle menulis:

Mungkinkah ia bukan buah manggis sebagaimana yang dicatat dalam manifest ?

Ya, pasti ada yang sign untuk sahkan tapi kita pun kekadang bila dah terlalu biasa dengan satu2 keadaan, dan kita pula tidak punya sebab untuk mengesyaki apa-apa yang pelik, ada kemungkinan kita take for granted ….. dan dalam kes ini, ada kemungkinan tidak ada siapa yang benar2 sahkan melalui visual fizikal buah manggis di dalam kargo MH370….. ada kemungkinan kan ?

Satu lagi yang menguatkan tandatanya dalam kepala saya …… saya tak jumpa pun buah manggis ada dijual dipasar sejak sebulan dua ini. Anda ada jumpa ?

Untuk mengekspot 3-4 tan manggis pastinya bekalannya banyak, dengan katalain, musim buah manggis. Manggis adalah buah bermusim dan kalau tak silap musimnya dah lama habis. Dari mana datangnya 3-4 tan manggis itu ?

Rakan saya beritahu, adalah perkara biasa juga kalau barangan dikirim dari tempat lain, KLIA sekadar transit jer. Maknanya, mungkin 3-4 tan manggis itu bukan buah tempatan.

Tapi manggis ini bermusim dan musimnya tak kira tempat sebab hanya negara2 tertentu jer ada buah manggis ni. Kalau negara Thai ada manggis, seharusnya di pasar kita pun ada dijual manggis import dari Thai, macam kes durian.

Tapi setahu saya tidak ada buah manggis yang dijual sekarang ini, tak kiralah dari mana pun. Habis dari mana datangnya 3-4 tan manggis itu ?

Sekali lagi, benarkah pesawat itu bawa 3-4 buah manggis atau barang lain seberat 3-4 tan yang dideclare sebagai manggis ?

Barang apa ? Mana saya tahu …. saya cuma meluahkan pertanyaan dalam kepala jer supaya anda pun ikut sama jadi bengong !

Acu cuba tanya staf MAS bahagian kargo tu ….. ada tak dia lihat dengan matanya sendiri itu adalah buah manggis sebelum dia sahkan dalam cargo manifest yang tu adalah buah manggis.

Kalau benar staff itu tertake for granted, siapa pengirim dan siapa penerima juga pasti ada tercatat kan ….

Apa kaitannya dengan kehilangan pesawat ? Mana saya tahu ….. saya cuma hairan dengan 3-4 tan manggis ni jer, saya tak kata ia ada kaitan dengan kes kehilangan pesawat. Saya takder kepastian makanya saya tanya di sini ….

PS – Kemaskini 2:45pm – Terbaru dari Malaysiakini BM

Sementara itu, laporan New Straits Times pula menyebut, siasatan polis turut meliputi kargo dalam pesawat berkenaan.

“Sebagai contoh, apabila kita tahu terdapat empat tan manggis dimuat dalam kapal terbang itu, kita perlu menyiasat dari mana ia datang, siapa pembekal, siapa yang tempah dan seterusnya siapa yang memetik,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share