Siasatan kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines

Pihak polis setakat ini merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pihak polis akan memanggil lebih ramai lagi bagi membantu siasatan. Hasil keterangan itu tidak akan didedahkan bagi mengelak siasatan terganggu.

Melalui Buletin TV3 sebentar tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menjelaskan siasatan turut dijalankan bagi melihat sama ada makanan yang disediakan pembekal makanan bagi pesawat MH370, beracun.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share