Salah seorang juruterbang pesawat MH370 cuba menghubungi seseorang menerusi panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya, lapor akhbar New Straits Times (NST) hari ini.

Siasatan MH370: Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat terbang rendah?

Laporan eksklusif siasatan MH370 akhbar itu berkata panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid (gambar).

(NST menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)

Sumber maklumat dari penyiasat kes siasatan MH370 itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.

Difahamkan pesawat Boeing 777-200 ER itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit dikesan oleh pemancar telekomunikasi di darat.

Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan, menurut laporan NST itu lagi, sambil menambah sumber tersebut enggan mendedahkan siapa yang dihubungi oleh Fariq.

Laporan siasatan MH370 semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis merekodkan lebih 205 keterangan lapor [Utusan Malaysia di bawah] daripada pelbagai pihak, termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

Khalid berkata lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan bagi mengelakkan gangguan siasatan.

MH370 hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing. Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara di selatan Lautan Hindi gagal menemui sebarang serpihan. Siasatan MH370 laporan The Malaysian Insider

siasatan mh370 misteri panggilan dari kokpit pilot Fariq Abd Hamid

KUALA LUMPUR 11 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak berhubung siasatan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil lebih ramai individu tetapi tidak mendedahkan hasil keterangan, bagi mengelak gangguan siasatan.

“Setakat petang semalam, kami telah merekodkan 205 kenyataan dan lebih banyak kenyataan yang akan direkodkan nanti.

“Terdapat perkara yang perlu kami teliti semula untuk menjadikan siasatan kami lebih jelas,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis keagamaan Buddha sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Sami Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka; Ahli Suruhanjaya Pasukan PDRM, Datuk Koh Hong Sun; dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 2, Bukit Aman, Datuk Leo Chong Cheong.

Mengulas kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor yang menafikan manggis dibawa ke China menerusi pesawat MH370 berasal dari Muar, Johor, Khalid menjelaskan, hanya pembekal buah itu beralamat di daerah tersebut.

“Saya tidak cakap manggis itu dipetik dari Muar, tetapi sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ia dikumpulkan di situ (Muar),” ujarnya.

FAMA Johor sebelum ini menjelaskan manggis yang dibawa ke China menerusi pesawat MH370 tidak mungkin datang dari Muar kerana berdasarkan rekod, musim buah itu hanya bermula Jun ini.

Utusan Malaysia Siasatan MH370 MAS Boeing

MH370: Hishammuddin Nafi Laporan Akhbar Tempatan – Dikemaskini laporan Bernama

KLUANG, 12 April (Bernama) — Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.[laporan bahawa Fariq Abdul Hamid hubungi seseorang palsu]

Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

“Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Menurutnya sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Hishammuddin berkata pasukan penyiasat menerima pelbagai petunjuk di Laut China Selatan termasuk mengenai imej satelit oleh China, penemuan jaket dan bot keselamatan serta tumpahan minyak yang kononnya berkaitan dengan MH370 menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas dari Laut China Selatan ke Laut Andaman dan kini di Lautan Hindi.

“Kita terima macam-macam petunjuk dan kita mengikutinya tetapi malang ia adalah hanya ‘roller coaster ride’, di mana kita terima maklumat dan siasat tetapi ia tidak berasas,” jelasnya.

Beliau berharap orang ramai memahami apa yang pihaknya sedang lalui kerana maklumat tidak berasas bukan sahaja menjejaskan operasi tetapi juga memberi ksan kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-22ER itu hilang daripada radar kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong mengetuai kira-kira 500 jemaah menunaikan solat hajat bagi keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Beliau berkata penganut Buddha dan Hindu di Parlimen Semberong turut mengadakan upacara keagamaan masing-masing bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang R.Vidyanathan dan anggota DUN Paloh Teoh Yap Kun mengetuai upacara itu bagi penganut agama masing-masing.

— BERNAMA

Siasatan MH370 hulang - Grafik Express UK
Siasatan MH370 hilang – Grafik Express UK

Siasatan MH370 apa terjadi baca teori media asing klik sini – Express UK

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share