Pesawat terbaharu ATR72-600 milik Malindo Air. – Foto Sinar Harian

SYARIKAT penerbangan hibrid tempatan, Malindo Air menerima pesawat ATR72-600 baharu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang dari Toulouse, Perancis. Terminal Subang Skypark

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, pesawat itu dengan nombor pendaftaran 9M-LML, adalah pesanan keenam ATR72-600 tahun ini dan dua lagi dijangka diserahkan bulan depan.

Penambahan baru itu akan mengukuhkan kumpulan pesawat domestik Malindo Air yang beroperasi bagi laluan di Semenanjung Malaysia.

Syarikat penerbangan itu juga kini beroperasi menggunakan enam Boeing 737-900ER untuk destinasi antarabangsa.

Ketua Pegawai Operasinya, Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya yakin pesawat baharu itu akan menambah jumlah pesawat sedia ada.

“Sambutan penumpang amat menggalakkan setakat ini dan kita dalam proses mendapatkan lebih banyak pesawat, sejajar pelan strategik untuk mengembangkan rangkaian untuk memenuhi permintaan.

“Kami sasar beroperasi dengan 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya. Sinar Harian

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE