Malaysian Review

Tragedi Tanjung Kupang 1977 sama misteri dengan MH370 kata mangsa

Tragedi Tanjung Kupang 1977 4 Disember- Pesawat Malaysia Airlines MH653 terhempas dirampas pengganas dan tragedi MH370

Masuk hari ke-21 misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, ahli keluarga penumpang sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas menunggu selama 37 tahun dan masih belum mendapatkan jawapan sebenar, lapor CNN.

Tragedi tanjung kupang 1977

Pada 1977, pesawat MH653 ditawan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Boeing 737-200 itu terhempas ke kawasan paya bakau di Tanjung Kupang Johor, menyebabkan kesemua 100 orang penumpang dan anak kapal terbunuh.

Ia merupakan kejadian paling dahsyat dalam sejarah Malaysia Airlines sebelum MH370.

Tragedi Tanjung Kupang 1977 – Penantian 37 tahun bagi keluarga penumpang pesawat MAS terhempas di Johor oleh Malaysian Insider

“Tiga puluh tujuh tahun dan kami masih belum tahu perkara sebenar yang berlaku,” kata Ruth Parr yang berumur 19 tahun ketika ayahnya, Thomas meninggal dunia dalam kemalangan itu kepada CNN.

Orang atau kumpulan yang menawan MH653 masih belum dikenalpasti walaupun rakaman suara merakamkan segala-galanya daripada kokpit, termasuk bunyi tembakan yang membunuh kedua-dua juruterbang.

Laporan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengatakan pesawat itu ditawan ketika ianya menghampiri Kuala Lumpur.

Terdapat kekeliruan sama ada pesawat tersebut akan mendarat di situ atau terbang menuju ke Singapura.

Anak kapal ditembak dan pesawat akhirnya terhempas ke dalam tanah paya pada kedudukan 450 knot.

Laporan itu yang dipetik CNN, membuat kesimpulan kemalangan itu disebabkan oleh anak-anak kapal cedera parah dan tidak berupaya, lalu menyebabkan pesawat tidak terkawal.

Bagaimanapun, sesetengah saksi yang melihat kejadian itu mengatakan pesawat terbakar sebelum mencecah tanah, manakala ada yang berkata mendengar letupan sebelum kemalangan itu, walaupun tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan ini.

Bagi anggota keluarga penumpang yang dihubungi CNN, kehilangan MH370 menggembalikan memori silam yang cuba mereka lupakan.

“Memori ini akan tetap bersama sepanjang masa,” kata Tom Sherrington, yang mana bapanya Richard berada dalam MH653, kepada CNN.

Tragedi Tanjung Kupang 1977

Beliau percaya bercakap secara terbuka tentang kenangan bapanya, yang beliau sifatkan sebagai “lelaki yang kelakar” dan “pengembara”, membantu keluarganya untuk berdepan dengan kesedihan.

Keluarganya juga melawat memorial yang dibina berhampiran lokasi kemalangan di bandar pantai Tanjung Kupang, Johor, dan menurut Sherrington ini membolehkan keluarganya melawat tempat tersebut bagi menampung kesedihan mereka.

Sherrington memberitahu CNN keluarga penumpang MH370 perlu memberi tumpuan memperingati orang yang tersayang dan tidak menyalahkan orang lain untuk di atas apa yang berlaku.

Kedua-dua Parr dan Sherrington memberi amaran bahawa setiap orang melupakan kesedihan masing-masing dengan pelbagai cara dan tiada jalan pintas untuknya.

“Ia akan menjadi lebih mudah lama kelamaan akan tetapi anda tidak akan melupakan tarikh itu,” kata Parr kepada CNN.

Keluarga penumpang MH370 yang kesedihan mendesak Putrajaya membuktikan Boeing 777-200ER memang berakhir di Lautan Hindi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin.

Ch’ng Khai Cheak, yang kakaknya Ch’ng Mei Ling dalam penerbangan tersebut, berkata pengumuman hanya perlu dibuat apabila sudah terdapat bukti fizikal pesawat tersebut terhempas di lautan. Malaysian Insider

Tragedi Tanjung Kupang 4 Disember 1977

Tragedi kapalterbang MAS terhempas  di tanjung kupang, gelang patah, johor
pada 4 disember 1977

  1. 7.21 pm pesawat boeing mh 653 berlepas dr pulau pinang menuju ke kl
  2. 7.46 pm berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki
  3. 7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara ’653 going around’ dan pusat menjawab ’653 is cleared to land, surface wind calm’
  4. pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata ‘overshooting’. sebuah kapalterbang yg menunda mh 653 bertanya ‘whats your problem’ dan dijawab ‘we have an emergency on board’
  5. 750 pesawat mh 654 memberitahu ‘maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board’ pusat menjawab ‘cleared to land on runaway 33 with no delay’ tetapi dijawab kembali ‘we are now proceeding to singapore’ dan understand message receive’. pusat menjawab ‘message received, understood’
  6. 8.05 pusat  mengarah kan pesawat 653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
  7. pusat kawalan dikl bagitau pusat pengawalan singapore mengenai perkembangan mh 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki
  8. 8.12 pusat kawalan singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki
  9. kemudian perhubungan pusat kawalan singapore terputus hubungan ngan pesawat 653
  10. 8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang

Seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup

selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

Jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 org anak kapal antaranya

  • pilot kapten G.K ganjoor
  • pembantu pilot kamarulzaman jalil
  • pramugara-karim tahir, onn jaafar
  • pramugari- sharifah sidah syed mohamad, azian borhanuddin

Antara penumpang yg terkorban menteri pertanian, datuk sri haji ali bin haji ahmad, lahir di pontian pada 29 jun 1930
ketua pengarah jabatan kerjaraya, tan sri mahfuz khalid,
pengarah kerjaraya bahagian tentera, datuk haji khalid mohamad
timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, encik abu bakar othman merican
setiausaha politik datuk sri haji ali, encik hood fadzil
duta cuba ke malaysia mario garcia inchaustegui dan isterinya

Antara teori rampasan kapalterbang
1. dirampas oleh ahli tentera merah jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, tan sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam – singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..

Walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..

Cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok. cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.
Upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember. kelemahan ketika itu penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti. di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang.

sumber- mastika jamuari 1978 / Mforum

Artikel oleh Kosmo Online di bawah: 

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

“Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

“Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, ‘bang, saya nak cari tangan saya yang putus’. Gugur jantung saya,” cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

“Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar,” ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.
Kosmo

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

“Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar,” ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

Baca lanjut di Kosmo Online

Jomaineseow
Author: Jomaineseow