Kuala Lumpur: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar laporan Malaysian Insider) hari ini menafikan wujudnya cadangan pemecatan terhadap kakitangan syarikat Malaysia Airlines (MAS) ekoran kerugian yang dialami sebanyak RM 1.174 bilion pada Februari lalu.

Beliau berkata pemecatan kakitangan Malaysia Airlines MAS  langsung tidak tersenarai dalam agenda perbincangan diadakan bagi menangani kerugian yang dialami syarikat.

“Kita tidak bercadang untuk mengurangkan sumber tenaga syarikat sebagai langkah penjimatan, tidak ada dalam agenda kita langsung,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid ‎yang mempersoalkan beban kerugian yang ditanggung oleh pekerja MAS dan bukannya pihak pengurusan. TMI

Klik sini baca laporan kemalangan pesawat Malaysia Airlines di Nepal dan laporan hari ini pesawat MAS ke Seoul dilencong ke Hong Kong kerana kegagalan generator pesawat Airbus – MRM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share