[signoff1]

Laporan terkini keputusan kes liwat 2 Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari oleh Malaysiakini dan AFP serta BBC News – MRM Baca kronologi perbicaraan hari ini hingga penjatuhan hukuman oleh Malaysiakini BM. Anwar akhirnya dipenjara semula selama 5 tahun dan bebas dengan ikat jamin 10,000 sementara rayuan. Apakah Anwar masih boleh bertanding jawatan MB Selangor dalam PRK DUN Kajang? Apa nak komen….? Wan Azizah mengalirkan airmata kali kedua nampaknya……

Klik sini lihat video sumpah Saiful Bukhari di Mekkah yang disyaki palsu – MRM

“It’s truly a dark day for the Malaysia judiciary which has shown itself incapable of standing up straight when national political issues are in play in cases before them,” Phil Robertson, deputy Asia head of group Human Rights Watch, said after the verdict.

The court said he could remain free on bail while he appeals against the verdict to the country’s highest court, AP news agency reported.

“All over again, after 15 years, they want to put me in the lockup and that is why they are rushing,” Mr Anwar said after his acquittal was overturned.

He added that Prime Minister Najib Razak’s government “faces the wrath of the people”.

Meanwhile, a government spokesman said: “This is a case between two individuals and is a matter for the courts, not the government.”

‘Selective persecution’ and ‘Politic of Fears’ BBC NEWS

anwar ibrahim dipenjara

SHAH ALAM – Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang untuk bertanding di Dun Kajang hanya boleh dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengkaji undang-undang pilihan raya dengan teliti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, langkah tersebut diambil agar dapat memberikan keadilan kepada semua pihak.

“Keputusan mahkamah baharu sahaja membuat keputusan petang ini. Keputusan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

Kita kena kaji semua undang-undang di peringkat negeri dan Pusat. SPR akan membuat kajian lebih mendalam, beri kami masa,” ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.Abdul Aziz Mohd Yusof

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang itu sebentar tadi atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan sebulat suara itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

Sementara itu, keputusan terbaru Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

anwar ibrahim dipenjara 2014

Mahkamah turut membenarkan Anwar untuk menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000 sebelum jam 11 pagi, Isnin ini.

Mengulas perkara sama, Abdul Aziz sebelum ini berkata, Anwar masih berpeluang bertanding di kerusi Dun Kajang sekiranya pihak pembelaan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Mac ini.

Menurutnya lagi, bagaimanapun, perkara tersebut tertakluk kepada hukuman yang dikenakan terhadap Anwar.

“Kes ini boleh dibawa ke Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Mac ini, tetapi sekiranya Anwar didenda lebih daripada RM2000 serta lebih setahun penjara mungkin hasrat tersebut akan terhenti.

“Apa-apa pun kami di pihak SPR akan merujuk kepada penasihat undang-undang SPR terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Sumber Sinar Harian.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share