DR. FATHUL BARI MAT JAHAYA
KUALA LUMPUR 8 April – “Hanya Allah yang tahu apa yang terkandung di dalam hati manusia termasuk mereka yang membina masjid”.

Itulah reaksi Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya ketika dihubungi oleh Utusan Online mengulas kenyataan terbaharu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini, Nik Aziz menyatakan, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Kata Fathul Bari, isunya sekarang ialah keikhlasan.

“Hadis Rasullulah SAW berbunyi sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.

“Jadi siapa beliau (Nik Abdul Aziz) yang menentukan seseorang itu ikhlas atau tidak dalam membina masjid? Adakah dia tahu keikhlasan orang yang membuat masjid.

“Kalau kita kata Pas hendak memerintah negara bukan kerana Islam, mereka marah, saman. Ini sindrom tuduh orang, mempertikaikan keikhlasan orang,” ujarnya.

Tambahnya, tiada sesiapa yang tahu apa yang terkandung di dalam hati seseorang kecuali Allah Taala.

“Lihat kisah Usamah bin Zaid yang tetap memancung kepala seorang ketika perang walaupun telah mengucap syahadah dan tindakan tersebut telah ditegur oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri mengajar kita agar tidak menentukan apa yang ada dalam hati seseorang.

“Saya harap beliau bermuhasabah diri dan jangan menghukum hati-hati manusia,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di Kota Bharu, Kelantan turut berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

“Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

“Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil ‘sambil menyelam sambil minum air’. UMNO pula ‘sambil menyelam sambil bekwoh’ (kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu, Kelantan, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam. – UTUSAN ONLINE

Kerendahan Hari Menghilangkan Kesombongan Umpama Air Memadamkan Api.  ana ghoib
Kerendahan Hati Menghilangkan Kesombongan Umpama Air Memadamkan Api. Sombong dalam ilmu membawa ke neraka akhirnya. Jangan mudah kagum!
ana ghoib

 

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share