Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perdana menteri akan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya diraja baru bagi menyiasat isu pencerobohan Lahad Datu.

Pengumuman itu akan dibuat pada Isnin, menurut maklumat di laman Facebook harian berbahasa CinaChina Press hari ini.hishammuddin hussein onn

Hishammuddin (kiri) juga dilaporkan berharap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mengemukakan bukti terhadap dakwaan pihak polis menyalahguna kuasa terhadap komuniti Suluk Sabah, bagi mengelakkan perkara itu dipolitikkan.

Harris sebelum ini dilaporkan mendakwa, polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share