[signoff1]

Dalam dunia perniagaan yg penuh glamour seperti bidang aviasi nampaknya formula terbaik masa kini ialah apa yg dilakukan oleh Virgin Airways spt ditiru oleh AirAsia mustahil orang berpengalaman dan berakal cerdas dalam MAS tidak nampak faktor ini sekian lama iaitu samada mencipta inovasi baru serta keceriaan dan kontroversi pasti akan meningkatkan jualan.

Admin pernah ke Kidzania Malaysia di Damansara Utama dan melihat replika pesawat MAS terjojol keluar di banggunan Kidzania dengan kaunter tiket bermuralkan wajah serta logo koporat AirAsia. Dari situ sahaja admin sudah nampak betapa lembabnya MAS dalam soal promosi dan dikalahkan dalam hal yg paling mudah sekali pun dalam bidang promosi pengiklanan.

Lakukanlah sesuatu yg gila gila out of ordinary spt gaya Sir Richard Branson spt dalam video ini atau lakukan strategi pengiklanan gila gila bukan perangai gila CEO spt didedah BeritaSemasa di bawah.

Mungkin MAS boleh terus tonton Tanda Putera dan beriklan di Utusan dan terus ketinggalan dan satu lagi tolonglah gunakan tagline MAS ‘ enchantment where ever you go’ semula siapa yg mengubahnya memang bengong….banyak lagi faktor boleh diceritakan tapi cukuplah untuk sindiran hari ini. MAS tidak boleh mengalah dan harus berubah

ga
Foto oleh: http://pinoyfamilytravels.files.wordpress.com/

 

Baca apa analisis oleh Berita Semasa dan Sinar Harian di bawah:

Malaysia Airlines MAS sudah letak macam-macam best talent CEO, tetap rugi juga. Jadi, mesti ada yang tidak kena dengan MAS. Setuju?

Berita Semasa sempat membuat semakan pada laporan berita AFP di mana penganalisis menemplak cara pengurusan dalam Malaysia Airlines di mana punca kerugian Malaysia Airlines (MAS) adalah disebabkan :

  1. Malaysia Airlines dilihat lemah dan tidak mampu bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain
  2. Pengurusan yang lemah
  3. Perubahan kesatuan
  4. Berlaku campur tangan kerajaan
  5. Ada yang mahu tambah? Kakitangan MAS sendiri?

Berita Semasa difahamkan, Malaysia Airlines (MAS) telah bayar pada nilai yang mahal pada perkara-perkara yang diikat kontrak untuk jangka masa panjang yang mana digunakan setiap hari. Contohnya :

  • Kontrak pembelian minyak pada masa harga minyak tinggi
  • Jual hangar dan alat-alat penyelenggaraan kemudian sewa semula
  • Kontrak pembekalan makanan dan arak
  • Barang-barang yang tidak digunakan semula seperti selimut, bantal, etc
  • Bayar riba pinjaman bank yang tinggi untuk pembelian kapal terbang
  • Dan juga tidak lupa juga gaji melampau-lampau pihak pengurusan yang terdiri dari konco-konco yang terpilih. Walau tidak Malaysia Airlines MAS tidak menunjukkan prestasi yang terbaik, tetapi masih dibayar gaji tinggi dan tanpa mempedulikan masalah yang dihadapi MAS sekarang ini

Aset MAS sudah berkurang sejak zaman Tan Sri Tajudin Ramli lagi, di mana Tajudin Ramli jual alatan penyelenggaaan, hangar dan lain-lain lagi dan semasa Datuk Seri Idris Jala lebih teruk, apabila banyak bangunan dan aset MAS dijualnya. Sumber BeritaSemasa

Artikel oleh Sinar Harian – MRM Untuk perkara tunjang yg dijangka penyebab kerugian besar oleh MAS klik sini laporan Business Times

RAMAI bertanya, di mana silapnya apabila syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) terus kerugian, malah mencecah hampir RM1.2 bilion tahun lalu, jumlah yang mengejutkan ramai penganalisis industri walaupun mereka sendiri sudah menjangkakan MAS akan kerugian.

Berita mengenai kerugian itu juga disambut dengan kekecewaan oleh rakyat Malaysia yang telah lama berharap MAS akan akhirnya kembali untung, kembali ke zaman kegemilangan syarikat itu selepas prestasinya merosot sehingga mencatat kerugian tertinggi dalam sejarahnya sebanyak RM2.52 bilion pada 2011.

Firma penyelidikan Kenanga Research berkata, kerugian MAS itu jauh melebihi jangkaan awal mereka yang menganggarkan kerugian MAS pada RM843.8 juta.

“Walaupun perolehan MAS sebanyak RM14.5 bilion menepati jangkaan kami, kos operasinya lebih tinggi daripada dijangka.

“Ini disebabkan perbelanjaan pengiklanan dan promosi lebih tinggi, penyenggaraan pesawat dan juga kos lain seperti kejuruteraan, peralatan dan (program kesetiaan pelanggan) Enrich,” menurut Kenanga Research dalam nota penyelidikan dikeluarkan sehari selepas MAS mengumumkan kerugian itu, minggu lalu.

Kenanga Research turut berpendapat sasaran pengurusan MAS untuk pulang modal tahun ini amat sukar untuk dicapai.

“Kami jangkakan tekanan terus wujud akibat penambahan kapasiti yang semakin banyak dalam pasaran selain persaingan sengit daripada syarikat penerbangan tambang rendah dan serantau.

“(Tetapi sasaran itu boleh dicapai) hanya jika MAS boleh menurunkan lagi kos operasi dan memaksimumkan perolehan melalui pendapatan sampingan,” menurut Kenanga Research.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) pula berkata, kerugian itu menunjukkan MAS tidak berupaya bergerak dalam persekitaran yang mencabar.

“MAS mahu meneruskan strateginya untuk memastikan pesawat penuh dan memfokus kepada jumlah penumpang berbanding hasil yang diperolehi.

“Kami tidak selesa dengan cara pengurusan MAS yang ingin meneruskan strategi yang tidak memberikan keputusan positif sehingga kini,” menurut Maybank IB yang menjangka MAS hanya akan untung pada 2015.

Semua syarikat penerbangan hadapi masalah serupa

Hakikatnya, industri penerbangan global kini berdepan tempoh mencabar. Masalah dihadapi MAS, seperti lebihan kapasiti, iaitu terlalu banyak tempat duduk berbanding permintaan, persaingan hebat dalam industri itu terutama di Asia serta kenaikan kos operasi terutama harga minyak turut dihadapi syarikat penerbangan lain di rantau ini.

Malah, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X turut merekodkan kerugian RM86.9 juta bagi 2013 berbanding keuntungan bersih RM33.8 juta pada tahun sebelumnya.
Untuk perbandingan lebih adil, syarikat penerbangan premium lain di rantau ini turut berdepan masalah serupa.

Contohnya syarikat penerbangan Indonesia, Garuda mencatatkan keuntungan AS$11.2 juta (RM36.8 juta) tahun lalu, iaitu 90 peratus lebih rendah berbanding keuntungan AS$110.6 juta (RM363.8 juta) yang dicatatkan pada 2012.

Menurut Garuda, penurunan ketara itu disebabkan kenaikan kos operasi dan kerugian akibat pertukaran mata wang.

Thai Airways yang lebih separuh sahamnya dimiliki kerajaan Thailand rugi 12 bilion baht (RM1.2 bilion) bagi 2013 akibat persaingan sengit dan kerugian pertukaran mata wang, berbanding keuntungan 6.2 bilion baht (RM620 juta) pada 2012.

Syarikat penerbangan Australia, Qantas pula semalam mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan 5,000 pekerjanya selepas kerugian A$252 juta (RM736 juta) sepanjang Jun hingga Disember 2013.

Ianya sebahagian daripada rancangan syarikat itu untuk mengurangkan kos sehingga A$2 bilion (RM5.84 bilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sementara itu, Singapore Airlines, iaitu syarikat penerbangan Singapura pula mencatatkan keuntungan S$379 juta (RM982 juta) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013, jauh berbeza berbanding keuntungan S$1.092 bilion (RM2.8 bilion) pada 2011.

Walaupun semua syarikat penerbangan di rantau ini dilihat melalui tahun mencabar, MAS antara yang paling teruk terjejas. Adakah ini disebabkan strategi perniagaan tidak menguntungkan, seperti dikatakan penganalisis?

MAS berjaya mengurangkan kerugian RM2.52 bilion pada 2011 kepada RM430.74 juta pada 2012. Walaupun masih rugi, itu adalah pencapaian yang baik. Tetapi di mana silapnya apabila kerugian yang sepatutnya semakin berkurang sebaliknya bertambah semula sehingga melebihi RM1 bilion?

Tiada siapa mahu MAS berhenti beroperasi selepas lebih 60 tahun terbang tinggi di udara, membawa nama Malaysia ke serata dunia, tetapi pada masa ini, MAS sedang menjunam dan jika tiada apa dilakukan oleh ‘kapten’ bertugas, mungkin radarnya akan berhenti berkelip tidak lama lagi.

[signoff2]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share