[signoff1]

Segamat – Usaha mencari lagi lima remaja lelaki yang masih hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Muar berhampiran Pekan Buloh Kasap di Segamat, semalam, masuk hari kedua hari ini dengan semalam 3 mayat ditemui. Mereka menjadi mangsa sedutan pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap [klik sini baca] Gambar oleh Bharian Online – MRM

Ketua pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Aizat Mamat, berkata mereka meneruskan usaha itu di beberapa lokasi sungai itu bagi mencari Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16; Mohd Hafizuddin Kamal, 16; Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi, 16; dan Mohd Nazreen Zainal, 14.

“Setakat ini tiada perkembangan baharu. Jumlah mangsa yang ditemui setakat ini tiga orang,” katanya.

Mereka adalah antara lapan remaja yang hilang selepas dipercayai lemas di Sungai Buloh Kasap kira-kira 9.30 pagi semalam.

Petang semalam, anggota penyelamat menemui mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15.

Semua mangsa tinggal d Taman Mewah, Buloh Kasap dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap. – Bernama

[signoff2]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share