Malaysian Review

Apa motif Zara Eleena Omar Peter Dibunuh Kejam?

Pembunuh Zara Eleena Omar Peter adalah kekasihnya – MRM Klik sini baca perbicaraan kes bunuh Zara Eleena Omar Peter.

Barang kemas yang bernilai RM100,000 milik ibu Zara Eleena Omar Peter, 23, yang dibunuh bersama bapanya di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, di sini, turut dilarikan suspek dalam kejadian Ahad lalu.

Polis menemui semula sebahagian barang kemas itu yang dijual di kedai emas di Ampang manakala sebahagiannya tidak dijual kerana barang kemas tiruan.

Polis juga menemui semula kereta Perodua Kenari milik mangsa di Kedah yang dilaporkan hilang pada malam kejadian dan beberapa barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit.

Semua barangan itu ditemui selepas polis menahan enam lelaki berusia 19 tahun hingga 23 tahun yang juga pelajar kolej swasta di Cheras dan Ampang bermula Isnin lalu hingga kelmarin.

Suspek yang ditahan dipercayai pelajar mangsa dan belajar di kolej sama tempat mangsa mengajar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, polis percaya kes pembunuhan berkenaan dapat diselesaikan dengan penahanan semua suspek.

Menurutnya, seorang daripada suspek dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan mangsa dan juga pelajar kolej sama tempat mangsa mengajar.

Mohd Bakri berkata, motif pembunuhan dipercayai masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan mangsa.

“Sewaktu kejadian, tiada kesan rumah mangsa dipecah masuk dan ini menunjukkan mangsa mengenali suspek.

“Bagaimanapun bukti giat dikumpul dan daripada bukti yang diperoleh barulah motif sebenar dapat dikenalpasti dan siasatan dapat dilengkapkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. MRM / NST

admin
Author: admin