Ustaz Mohamad Kazim Elias terus menimbulkan persoalan mengenai kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO apabila memberitahu bahawa beliau masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan tersebut.

Malah, dalam sidang akhbarnya di sini malam tadi, penceramah itu memberitahu bahawa beliau masih ahli PAS yang sah.

Katanya, sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat pelucutan keahlian dari parti tersebut.

Untuk rekod, beliau sebelum ini dilaporkan merupakan ahli PAS Kampung Manjoi dalam Parlimen Tambun, Perak.

“Saya berhajat nak jumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Keputusan terima atau tolak bergantung pada jaminan Perdana Menteri yang saya boleh terus berdakwah tanpa terikat,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mengumumkan bahawa Mohamad Kazim merupakan antara sembilan individu yang dilantik mengisi kerusi MT UMNO.

Sumber Omakkau Blog

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share